Google+ Followers

22 Mar 2016

Have Passed the Ethics and Etiquette Professional Standard held by Sabah Law Association

Hello buddies,

It has been quite sometimes I have missed writing in my lonely yet lovely blog.  It must have been due to the hectic work schedule. 

I must celebrate the super good news that I received yesterday. After going through the longest and painful weeks of waiting, finally the long awaited news comes up. All Praises to Allah. I have got more than the minimum passing mark. 
My closest buddy in Sabah - Jessica, Magistrate at KK Court

Among the students sitting for the Ethics and Etiquette Professional Standard Examination

Myself, Jessica and Zairi Zainal- the 3 Judiciary Officers who attended the  E & E Exam.


In fact I was not putting hope to get it through considering that I am serving in other  state while all the examination questions were all relating to Sabah Law and Sabah Ordinances. But I guess all efforts, sweat and tears have really paid me off. I think  I deserve to pass as our excellent Chairman of Ethics and Etiquette Sub Committee, Madam #Maureen Lind said "you worked hard for it and I notice that you passed both sections". 
Madam Maureen Lind - The Chairman, Ethics and Etiquette Sub Committee


Mr Brendon Soh - President of Sabah Law Association, Dr David - one of the most distinguished senior counsel practising in Sabah and Mdm Maureen Lind

I was flattened for a second and yes...smile. Breathe in. Breathe out. Praise to Allah. It is nothing without His Blessing and Grace. So what now? What is next?


Well...next cause of action is to file in the Originating Summon to be Called to the #SabahBar. Yesss...Hope things will go smooth just the way I wish them to be. #Heading to the Road of Freedom


Till We Meet Again,

RFMG Road to Freedom,
Bintulu.

5 Jan 2016

Mungkinkah Ini Jalan Keluar Yang Anda Cari Selama Ini Ke Arah Mencari Pendapatan Tepi Yang Lumayan?


Semua orang tahu bahawa situasi ekonomi sekarang sangatlah tidak menentu. Dalam banyak-banyak perniagaan yang anda ingin ceburi selain perniagaan makanan dan penjagaan kanak-kanak, salah satu perniagaan yang paling minima risikonya dan minima modalnya adalah perniagaan SUBLET. 

#Sublet

Apa itu Sublet? Dalam perkataan lain yang mudah difahami ialah  #"sewa atas sewa". Secara teknikalnya, anda tidak perlu memiliki rumah anda sendiri untuk menjalankan perniagaan rumah sewa.

Anda pasti menyedari bahawa sehingga pada hari ini, banyak rumah yang  agak terabai atau tidak dapat diuruskan dengan sepenuhnya oleh pemilik rumah. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai punca misalnya  pemiliknya berada jauh di luar negara, pemiliknya mungkin sudah memiliki banyak rumah dan tidak mampu menguruskan kesemua rumahnya, pemiliknya kurang berminat atau tidak mengetahui potensi pendapatan daripada sublet dan seumpamanya. 

Saya sendiri telah berjinak-jinak dengan pelaburan Sublet  sejak awal tahun lepas. ALHAMDULILLAH. Modal utama saya ialah ilmu sublet yang saya "sedut" dari  pemilik ebook ini. Saya cadangkan anda sendiri cedok ilmu yang padat ini sebagai bekalan ketika anda stuck dan terpinga-pinga pada bila-bila masa di dalam perniagaan sublet anda. 

Untuk satu set yang paling lengkap ini hanya berharga  RM150 sahaja buat masa promosi singkat ini yang akan berakhir pada hari ini, iaitu  5hb Januari  2016. Set lengkap ini akan membuka mata dan minda anda mengenai potensi perniagaan SUBLET ini. Anda sendiri akan merasa tak sabar untuk memulakan bisnes ini.


Selain daripada mendapat ilmu mengenai SUBLET apabila anda melanggan, anda juga akan dimasukkan ke dalam Support Group daripada penulis ebook ini.  Anda boleh bertanya apa sahaja di dalam support group ini terutama sekali jika anda menghadapi masalah tentang sublet.

Ini merupakan peluang yang saya rasa anda tak boleh lepaskan begitu sahaja.


Ini senarai Set Lengkap Rahsia Sublet Premium yang saya ceritakan tadi:

MODUL 1 - ABC Property
MODUL 2 - Analyze & Validate
MODUL 3 - Deal Strategy
MODUL 4 – Break-Even Calculation
MODUL 5 - Marketing Strategy
MODUL 6 - Manage & Analyze

BONUS

BONUS #1: Skrip Power Ayat  Owner
BONUS #2: Senarai Kedai Barangan 2nd Hand
BONUS # 3A: Sampel Perjanjian Pajakan
BONUS # 3B: Sampel Perjanjian Sewaan


EXTRA BONUS

No. 1 : Real Case Study Sublet Premium oleh penulis sendiri
No. 2 : Video panduan bagaimana Direct Approach dengan owner  - ada panduan CARI LISTING and SMS Blast
No. 3: Sampel Perjanjian Singkat / Short Term Tenancy
No. 4: Sampel Personal Loan Profile

Anda boleh klik di sini http://mfairuzar.onpay.my/order/form/rspeb/rfmgresources untuk maklumat lanjut dan juga untuk melanggan ebook tersebut.


Peluang Terbaik Bukan Selalu Muncul. Peluang Itu Perlu Dicari Sampai Dapat.

Rose Fahmy

3 Jan 2016

Jalan Pintas Menuju Kejayaan. Benarkah ???


Tahukah anda bahawa sebenarnya ada beberapa jalan pintas untuk capai kejayaan?Tak kisah la apa-apa kejayaan pun... Tapi macam mana tu? Senang sahaja. Jawapannya ialah TIRUVASI. Dulu-dulu saya pun tak faham maksud TIRUVASI tu. Rupa-rupanya perkataan ini adalah kombinasi perkataan "tiru" dan "inovasi". 

Kalau kita nak berjaya kita TIRU sahaja mereka yang dah berjaya..semudah A,B,C kan? Orang yang berjaya ini mereka ada BLUEPRINT mereka sendiri macamana mereka berjaya.  Blueprint tu aper? Blueprint maksudnya ialah rangka kerja atau plan kerja. Tapi masalahnya tak ramai yang nak share BLUEPRINT mereka lebih-lebih lagi dengan kita yg newbies ni...kalau ada pun mesti kena charge mahal-mahal gile punya kannn???

Sehinggalah ketika saya terjumpa satu ebook ni..tajuk dia RAHSIA SUBLET PREMIUM..
Apa yang bestnya dalam ebook ini...penulisnya dengan selamber dek jer dedahkan BLUEPRINT bagaimana beliau buat duit dengan hartanah tanpa beli hartanah pun. Bunyi macam tak betul jer kan,tapi itulah faktanya...

Anda boleh TIRUVASI sahaja BLUEPRINT yang beliau dedahkan itu. Macam yang saya da buat kat sublet saya yang pertama sebagai uji kaji. Walaupun  tak banyak mana tapi lepas minyak kete pergi kerja dan balik untuk sebulan dan lepas barang dapur untuk sebulan. Saya rasa cukup berbaloi saya mencari ilmu selama ini dan dijumpakan dengan ebook ni. 

Saya memang tak boleh nak citer  dalam post ini semuanya. Siang malamlah agaknya saya kena tulis baru boleh habis...saya rasa kalau anda memang sedang mencari panduan yang ter-paling  lengkap bagaimana nak mulakan bisnes sublet anda yang pertama....saya cadangkan anda sendiri kena dapatkan dan explore sendiri ILMU ni.

Kat mana nak dapatkan?

Anda boleh klik di sini Rahsia Sublet Premium
p/s : Harga ebook ni sekarang bagi saya still mampu milik... tapi selepas 5 Januari 2015 yang saya pasti harganya akan naik.

So dapatkan sekarang !
KLIK DISINI : [ RAHSIA SUBLET PREMIUM]

Salam Tahun Baru 2016 

Rose Fahmy
3.1.2016

1 Jan 2016

Salam Di Tahun Baru 2016. Semoga Tahun Ini Lebih Baik.


Tahun ini membawa saya ke usia 41. Bermakna suda 41 tahun daku menghirup udara nyaman di bumi milik Allah SWT ini. Alhamdulillah3x. Bagi daku sekeluarga, tahun ini adalah tahun yang penuh cabaran kerana pertamanya, daku bakal menghadiri kelas di OUM Miri sebagai pelajar MBA. Ehh??? Gatal nak belajar lagi?? Ko nak aper ni wei? Jawapanku: Eh. Tak salah kan  daku nak menggapai impian untuk memandaikan diri? Aku pon nak pandai macam orang laen. 

Keduanya, aku dan sang suami telah bersetuju dan sehati untuk mengawal aliran keluar sumber kewangan kami sekeluarga. Ini memandangkan kami berdua telah membuat Plan untuk keluar dari zon selesa makan gaji dan cuba pulak bidang lain yang lebih mencabar kemampuan sebenar kami. So sebelum kami mengorak langkah ke arah itu, kami kena bersedia dengan pelbagai tools yang betul, termasuk ilmu EXIT PLAN.  Apa itu EXIT PLAN? 

EXIT PLAN

Ramai yang tersontot dalam sesuatu pelaburan/bisnes kerana mereka tak tahu 2 benda ini:


1) Ilmu dalam pelaburan tersebut.
2) Exit Plan.


Exit plan ini ialah jalan keluar BILA TIMING yang paling baik untuk kita LEPASKAN/KELUAR dari game tersebut. Tak kisah la sama ada pada waktu itu pelaburan tersebut memberikan keuntungan atau tidak. ANDA MESTI TAHU BILA NAK EXIT SUPAYA ANDA TAK RUGI!


Saya ada membaca satu ebook yang bertajuk RAHSIA SUBLET PREMIUM dan yang menariknya di dalam ebook tersebut penulis itu bgtau EXIT PLAN bisnes yg beliau lakukan tersebut. Jadi kalau anda nak TRY and TEST bisnes yg beliau lakukan ini pun boleh. Bab ILMU pula anda tak perlu risau kerana dalam ebook tersebut beliau ceritakan step by step dari A-Z bagaimana beliau setup bisnes tersebut


Anda boleh dapatkan ebook itu di sinihttp://mfairuzar.onpay.my/order/form/rspeb/rfmgresources


p/s : saya dimaklumkan oleh beliau yang harga ebook tersebut selepas 5 Januari 2016 jam 11.59 malam akan naik. Jadi dapatkan secepat mungkin ebook tersebut disini  Exit Plan Rahsia Sublet Premium


Rose Fahmy MG
1.1.2016

30 Dec 2015

Ilmu Hartanah Boleh Mengkayakan Poket Anda???


Aku bersetuju dengan kenyataan di atas. Anda mungkin berbeza pendapat. Antara ilmu hartanah ialah ilmu memilih lokasi dan jenis harta seperti rumah, tanah atau kedai atau rumah kedai yang anda berhasrat untuk membeli. Pasti ada di antara anda yang bercadang untuk membeli rumah, tanah atau kedai untuk kegunaan sendiri. Mungkin ada juga di antara anda  yang ingin membeli hartanah berkenaan untuk tujuan pelaburan. 

Pelaburan

5 tahun yang dulu, kuakui, begitu kosong kosongnya otak ini mengenai hartanah. Aku langsung  tak tau apa kaitan pelaburan dengan hartanah. Walaupun aku telah membeli hartanah yang pertama, iaitu rumah teres dua tingkat ketika berusia sekitar 24 tahun (1999) dulu di kampung halaman daerah kelahiranku, #Keningau,Sabah. Masa tu, my mom lah yang paling banyak mempengaruhi pola perbelanjaan duit gaji yang ku terima setiap bulan. Maklumlah. Aku adalah satu-satunya anak beliau yang bekerja dengan gomen. Selepas dari itu, aku mengorak langkah mengikut arus sebagaimana orang lain lakukan. Pada tahun 2001 aku membeli sebuah apartment di #TamanSentosaKlang. Dan tahun berikutnya aku gatal lagi membeli sebuah apartment milik projek #pkns di #ShahAlamSelangor. 

Bermula Kesedaran Tentang Pelaburan

Walaubagaimanapun, hanya pada tahun 2010 aku mula menyedari betapa peluang yang begitu terbentang luas kepada aku untuk menyewakan kesemua hartanah yang aku ada. Bila aku imbas kembali kenapa aku tak pernah terlintas untuk menyewakan semua rumah tersebut? Baru aku sedar. Kerana rumah  yang kat kampung, famili aku sendiri yang duduk. Apartment yang kat Klang, adik-beradik aku yang duduk manakala yang kat Shah Alam pulak, aku sendiri yang duduk. Chissss...

Mata dan minda aku betul-betul  terbuka dan tersedar apabila aku da tak larat nak jaga uma aku yang ada kat sana-sini. Mana nak bayar cukai taksiran, cukai pintu, Indah Water Konsortium, bil air, bil api, dll. So, pada tahun 2012,aku dan sang suamipun bersetuju untuk memulakan aktiviti mengiklankan dan menyewakan hartanah-hartanah tersebut. Kami sama-sama meneliti semula segala struktur kewangan serta perbelanjaan yang  kami.


Hartanah Terbaru

Aku baru-baru ini telah berjaya membida 2 hartanah di dalam satu lelongan awam di #KotaKinabaluSabah pada September 2015 yang lepas. Aku first time mempraktikkan ilmu yang aku dapat dari Sifu kesayangan aku #AziziAli dan juga #ShafieBustan. Pssssttt..aku jujur ni- siap aku bawa lagi kedua-dua buku tulisan sifu-sifu hebat aku. Aku jadikan rujukan aku ketika di dalam bilik lelongan tu. Aku jer  yang tau rahsia ni. Pembida lain tak nampak apa aku refer. Terima kasih yang tidak terhingga wahai insan-insan yang terpilih ini. 

Aku akan cerita panjang kisah aku menang dua hartanah ini di lain post. Tapi aku nak bagitahu yang aku menang satu rumah lelong town house yang MV ialah RM350K tapi dilelong pada RM260K sahaja. Manakala yang satu lagi ialah shop lot yang MV ialah RM261K tapi dilelong pada RM144K. Alhamdulillah rezeki aku pada hari itu. Shop lot tu aku akan jadikan legal firm aku jika aku bersara nanti. In shaa Allah kalau diizinkan. 


Sublet

Jujurnya aku sangat tak suka perkataan "Sublet" ni dulu. Apa sebab, aku pun tak tau. Maybe sebab bunyi tu tak best dan yang paling pasti, aku tak tau maksudnya. Tapi apabila aku terbaca blog taiko-taiko hartanah termasuk blog dan fb #Fairuz n Iffa, #Sublet KL East, #abangensem, #pie2020 dll, masa tu barulah aku sedar dan nampak betapa zero nya knowledge aku ni. Ketuk kepala sendiri. Aku jujur mengaku bahawa betapa lagi mudah dan lebih murah kos untuk membuat pelaburan di dalam hartanah jika menggunakan teknik Sublet. MENYESAL AKU TAK  PERNAH TAU MENGENAI SUBLET NI DARI DULU. Aku siap beli ebook #Kaizen Hartanah lagi daripada Sublet KL East. Walau bagaimanapun, masih banyak ilmu lagi mengenai Sublet yang aku perlukan. 

Sebagai percubaan mempraktikkan ilmu sublet yang aku baca daripada Kaizen Hartanah, aku telah berjaya menjalankan sublet aku yang pertama di Bintulu pada awal tahun ni. Adalah pulangan bersih sebanyak RM300 setiap bulan. Memanglah tak banyak mana. Tapi kos minyak ulang-alik ke tempat kerja dah lepas kan... Ini baru satu sublet yang aku dan suami larat nak handle. Kalau ada masa yang lebih terluang...tak mustahil dapat lebih banyak sublet kann...

Walau bagaimanapun, aku dan suami sedang menyiapkan diri kami dengan membaca lebih banyak ilmu mengenai sublet. Manalah tahu kalau semua perancangan berjalan lancar dan sasaran kewangan kami dah tercapai...in shaa Allah langkah yang seterusnya akan bermula...

Anda dan kami mungkin sehaluan.Mempunyai matlamat yang sama. Menimba ilmu. Demi masa depan. Demi keluarga tercinta. Kami juga masih menimba ilmu mengenai sublet. Di sini  Rahsia Sublet Premium, Bonus dan Extra Bonus dan di sini Rahsia Sublet Premium dan Bonus



Belajar dan menuntut ilmu adalah proses yang hanya akan berakhir apabila nafas kita terhenti. 


Salam Muhibbah & Salam Penghujung Tahun 2015 

Rose Fahmy
Bintulu.






25 Dec 2015

Manisnya Tahun 2015 Untuk Diriku dan Keluarga

Selamat Tinggal Rumah Lamaku

Sedang aku duduk bersandar di kerusi rumah (kuarters) yang ku kira besar dan luas untuk kami berempat ini, fikiranku melayang mengimbas segala kenangan sepanjang tahun ini. Jika daku tuliskan satu persatu peristiwa dan kenangan itu, ku kira sebelum anda sempat ke noktah terakhir ceritaku, anda sudah lama melayang dibuai mimpi tahun 2016. 

Daku sebelum ini tinggal hanya sepenapak kaki sahaja daripada kuarters ini sebenarnya. 5 minit menapak ke rumah lama da pun sampai. Kenangan terindah dan termanis terlalu banyak daku lakarkan bersama keluarga di rumah lama. 

Anakku yang kukira bongsu membesar di rumah lama sehingga mencapai umur 1 tahun 8 bulan. Anak sulungku pulak mendapat 5A dalam UPSR beliau ketika duduk kat uma lama. Kami pulak sempat menambah hutang dengan membeli Hilux Toyota auto 3.0 ketika duduk umah lama (maklumlah, nak jadikan tunggangan ketika nak balik kampung di Keningau, Sabah. Nak naik belon tak mampu kalau kerap sangat). Dan cerita duka pulak ialah di rumah lama ini jugalah daku mengalami kemalangan ngeri melibatkan kereta BGP585 - total loss pada tahun 2014. Daku kehilangan kereta buruk kesayangan hati. Kereta itu banyak menyimpan suka-duka aku dengan kisah hidup lama. 

Tetapi kenangan yang paling manis di rumah lama ialah ketika aku mendapat surat perkhabaran yang meluluskan permohonan daku untuk berpindah tempat bertugas ke Bintulu. Alhamdulillah100x. Akhirnya berakhir penderitaan daku yang berulang-alik sorang-sorang ke Sibu setiap Isnin pagi. Selama hampir setahun aku berulang-alik menaiki bas ke Sibu - Bintulu. Hanya di hujung minggu atau cuti am daku dapat berjumpa dengan keluarga tersayang, terutama sekali kepada anak bongsuku yang masih menyusu badan sehingga kini. Allah mempunyai perancangan yang terindah dan terbaik buat kami sekeluarga. 


Selamat Datang Tahun 2016

Syukur yang tidak terhingga kehadirat Ilahi kerana sehingga ke saat ini Kami sekeluarga masih bernafas menghirup udara segar di muka bumi ini. Di kesempatan ini Kami sekeluarga menghabiskan masa bersama (quality time) bersama-sama di rumah. Makan, gelak ketawa, menonton video kekeluargaan yang tidak sempat ditonton, mengemas rumah bersama-sama dan sebagainya. Niat hanyalah untuk compensate masa bersama keluarga yang telah terlepas kerana tuntutan tugas dan amanah. 

Anda dan daku sudah pasti masing-masing telah menyimpan tekad baru untuk dicapai di tahun hadapan. Boleh jadi anda juga seperti saya yang carry forward tekad dan cita-cita yang telah gagal dilaksanakan pada tahun 2015. Apakah tekad itu? ahaaaaa....aku nak mengaku jer:  tekadku  ialah untuk mendapatkan semula berat badan dahulu iaitu 55 kg sahaja.  Dengan kependekan dan ke- renek- an daku ini, berat badan yang melebihi dari 55kg amatlah tidak cute

Walau apapun,  daku yakin, tahun 2016 adalah tahun yang bakal membawa seribu satu kemanisan dan pencapaian dalam hidupku sekeluraga. Orang kata You Will Never Go Wrong If You Choose Family. Daku yang telah mencapai usia 40-an ini merasa motivasi untuk bekerja bukan lagi untuk mencari duit semata-mata..tetapi untuk mengejar dan merealisasikan matlamat hidup ini. Daku telah menetapkan satu matlamat dan sasaran. 

Dengan matlamat tersebut, in shaa Allah. Sekurang-kurangnya ada panduan pelaksanaan untuk bergerak ke arah itu. Jack Ma kata "the only thing that makes me regret is that I spent too much on working and less spending time with my family".  Manakala #JH Lee kata "You are trading your most productive time with your employer".  #Dr Azizan Osman pulak kata "Anda layak untuk mempunyai kehidupan yang luar biasa. So sampai bilakah anda ingin hidup biasa-biasa saja"? 


Sepanjang tahun 2012 - 2015, daku telah membaca pelbagai buku motivasi, pelaburan dan perniagaan. Antara buku-buku yang daku miliki ialah tulisan #AziziAli, #ShafieBustan, #Robert Kiyosaki, #Warran Buffet, #Renesial Leong, #JH Lee, #Adam Khoo, #Azizul Azli Ahmad, #Zamri Mohamad, #Ahyat Ishak, #George Leong, DSR Publishing, #Ainon Mohd,#Wahi Abd Rashid, #Umar Taib, #Jasaiyani Sa'ad, #KC Lau, #Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin, #Milan Doshi etc etc. Masih  banyak lagi yang tak tertulis.

Alhamdulillah3x. Terlalu banyak manfaat yang daku perolehi hasil pembacaan yang kukira banyak. Benarlah kata orang. Membaca jambatan ilmu. Walaupun daku lulusan perundangan, namun buku-buku perundangan yang diajar di U tak mengajar kita tentang motivasi, pengurusan kewangan, pelaburan dan pendapatan pasif dan sebagainya. 

Semakin banyak membaca dan try and error yang ku praktikkan dari pembacaan itu, daku kini semakin mengenali diri sendiri. Potensi diri yang sebenar. Di mana minat dan kemahiran sebenar. Orang yang berjaya kata "Do What You Like In Your Life"! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Carilah maka anda akan berjumpa jalannya. 

Sekian dahulu untuk kali ini. Kita bertemu lagi di kesempatan lain. Salam Maulidur Rasul. Selamat Salam tahun baru. Azam baru. Impian baru. Semangat baru. Buku baru. Prestasi baru. 

#Rosliah Fahmi MG 
Bintulu, Sarawak.

18 Sep 2015

Majlis Makan Malam Bersama Hakim Mahkamah Sesyen, Bintulu

Malam semalam bersamaan 17.9.2015 di Hotel Kemena Plaza, Bintulu, Majlis Makan Malam Bersama Hakim Mahkamah Sesyen Bintulu telah berjalan dengan jayanya dan begitu lancar. Alhamdulillah.

Antara jemputan yang hadir ialah Pengurus Besar BDA Puan Rhodziah, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Lim Kwai Seng, Tuan Mattson dari SPRM, Leftenan Hafiz dari APMM Bintulu, Tuan Hazmi dari Jab. Immigresen dan Tuan Francis dari Jab, Kastam.

Antara yang hadir di majlis malam tadi.
Antara Ketua Jabatan dan/atau Wakil Jabatan yang hadir ialah dari KWSP, Jab.Kimia, LHDN, Jab.Peguam Negara, Jabatan Kebajikan dan beberapa yang lain tapi saya kurang ingat. Maafkan saya. 


 Sesungguhnya, acara sebegini adalah dirasakan amat membantu untuk mempereratkan lagi jalinan hubungan yang baik sesama jabatan. Tiadalah harapan lain selain  dari saling bekerjasama dan saling memahami tugas dan bidangkuasa serta tanggungjawab jabatan masing-masing supaya sebarang salahsangka atau salahfaham dapat dihindari. 


Apapun, Kami warga Mahkamah Bintulu ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian semua ketua jabatan dan wakil untuk menghadiri majlis pada malam tadi.Syukran. 





Tiada ungkapan lain yang mampu saya ucapkan selain jutaan terima kasih yang berpanjangan kepada seluruh tenaga kerja Mahkamah Bintulu, terutama sekali kepada Jawatan kuasa Majlis ini. Kerjasama dan persefahaman yang terjalin antara ahli begitu erat. Ini banyak meringankan tugasan saya di jabatan ini. Alhamdulillah. Saya sayangkan mereka!.



Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat Berhujung Minggu.


🎀Salam Kasih Yang Berpanjangan🎀