16 Sept 2014

Hari Ahad di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak yang indah dan permai

Assalamualaikum semua,

Hari Ahad yang lepas, ya. Ahad lepas bersamaan 14 Sept 2014, saya sekeluarga dan kawan-kawan terdekat meluangkan masa berkelah sambil menghirup udara yang nyaman dan bersih di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak. Maklumlah cuti agak panjang.

Di kesempatan ini, saya dengan bangganya ingin berkongsi pengalaman ketika menggunakan tandas awam di situ. Rasanya, ramai di antara kita yang mempunyai pengalaman yang tersendiri ketika menggunakan tandas awam seperti  tandas yang terdapat di terminal atau perhentian bas, taman-taman awam, pasaraya, pasar malam, restoran-restoran dll.

Pada hari tersebut, saya terpaksa menggunakan tandas awam yang terdapat di pantai ini kerana harus menukar pampers bayi saya yang berusia 11 bulan. Sebenarnya, saya seboleh-bolehnya akan mengelakkan diri dari memasuki tandas awam, apakan lagi tandas di taman-taman awam. Rasanya anda maklum sebabnya kan? Namun demi bayi saya, saya relakan. Belum sempat kaki saya melangkah masuk ke dalam tandas, otak saya dah membayangkan bermacam bau serta bayangan -bayangan "erghh" kerana pengalaman-pengalaman lalu setiap kali menggunakan tandas awam.

Namun, alangkah terkesimanya saya ketika menjengukkan kepala dari luar pintu tandas wanita, kelihatan lantai yang kering dan bersih, sinki berkilat seolah-olah di "jif" kan, tiada takungan air di sudut-sudut tandas, semua mangkuk tandas bersih dan tiada "saki-baki" dan "karat-karat" yang kelihatan serta bau yang
"harum-semerbak" dan yang paling penting, terdapatnya paip dan hos getah yang disediakan di setiap bilik tandas di situ. Hati saya sempat berkata "Wow". Tandas ini seolah-olah di "5S" kan oleh petugas berkenaan seperti 5S yang digalakkan atau dikempenkan oleh pihak kerajaan di setiap pejabat atau organisasi kerajaan.

Apalagi, senyuman saya pun melebar hingga ke telinga. Rasa yakin serta selesa pun datang semula. Stress kerana menggunakan tandas awam pun terus lesap. Saya pun menukar pampers dengan penuh ketenangan dan senyuman lebar. Sebelum saya beredar dari situ, saya sempat mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada petugas yang duduk menjaga di depan tandas tersebut dan saya sempat juga memberikan pujian yang ikhlas seikhlas-ikhlasnya kerana ini adalah pengalaman pertama saya menjumpai tandas awam yang amat bersih serta Free Of Charge pulak tu. Syabas dan tahniah kepada pihak Pengurusan
Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

 
 
 



Walau apapun, sesuatu yang baik dan bermanfaat itu berbaloi untuk dikongsikan kerana mereka yang berkenaan layak untuk diberikan penghargaan dan pujian atas usaha murni serta tanggungjawab yang dilaksanakan.

Akhir kata, bagi yang belum berkesempatan mengunjungi pantai ini, luangkanlah masa anda sekeluarga. Berjogging, berkelah atau sekadar meninjau-ninjau pun semuanya berbaloi. Sekian saja coretan perkongsian pada kali ini. Wasalam.


http://rosliahfahmi.blogspot.com
https://www.facebook.com/rosliah.fahmi
http://pumponthejob.com/?ref=4

 

No comments:

Post a Comment