11 Sept 2014

Tak sangka seberat ini tanggungjawab seorang isteri, ibu dan suri rumah sepenuh masa


Salam kawan-kawan semua,
Sekadar ingin berkongsi pengalaman yang dilalui setiap hari sebagai penjawat awam yang sedang bercuti tanpa gaji demi menjaga bayi kedua. Keluarga, iaitu suami dan kedua-dua anak saya- seorang akan menduduki UPSR tahun ini (ya..sedang menduduki peperiksaan itu minggu ini) dan yang seorang lagi masih bayi berusia 10 bulan lebih berada di Bintulu manakala saya bertugas jauh di sana yang mengambil masa kira-kira 4 jam pemanduan. Saya hanya dapat berjumpa dengan mereka di hujung minggu. Permohonan pertukaran tempat bekerja tidak dapat diluluskan kerana masalah post yang tidak ada kekosongan. Situasi semasa, iaitu anak sulung yang akan berperang dengan peperiksaan UPSR bulan September 2014 and juga bayi kecil ini yang mana kedua-duanya menuntut perhatian sepenuhnya dan penjagaan yang teratur. Oleh itu, remedi terbaik kepada masalah yang saya hadapi ialah dengan memohon cuti tanpa gaji selama 12 bulan, dengan harapan suatu masa nanti mungkin saya dapat bertukar ke Bintulu. Ya, sebuah harapan. Tidak salah berharap sesuatu yang baik bukan?
Sejujurnya, semenjak saya melangkah ke alam pekerjaan dengan jabatan kerajaan di penghujung tahun 1999 sehingga awal tahun 2014, saya tak pernah sekalipun bercuti melebihi 2 bulan (kecuali cuti bersalin). Minda dan fikiran telah terlatih untuk bekerja di pejabat selama 8 - 10 jam setiap hari kecuali cuti umum.

Family outing di Kuching, Sarawak

Impian yang selama ini diidam-idamkan akhirnya dapat dinikmati kerana akhirnya saya dapat meluangkan masa sepenuhnya dan melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang ibu.  Kini saya menyedari rupa-rupanya persepsi saya selama ini terhadap suri rumah  tangga sepenuh masa adalah tersasar jauh sama sekali. Memang betul. Sebagai suri rumah tangga sepenuh masa, satu perkara utama yang membezakan kita sebagai pekerja di pejabat dengan "pekerja di rumah" ialah  "working hours".
Semenjak 14 Mei 2014 sehingga ke hari ini, 11 September 2014, saya telah dan sedang menikmati hidup sebagai seorang isteri/ibu/suri rumah sepenuh masa (3 in 1) sehinggalah 14 Mei 2015, in shaa Allah. Banyak perkara yang saya sedari dan pelajari. Contohnya, tanggungjawab sebagai isteri/ibu/suri rumah tangga sepenuh masa. Ia  bukanlah semudah seperti yang segelintir  masyarakat fikirkan, termasuklah saya sendiri, apakan lagi jika keluarga yang memiliki ramai anak yang masih kecil dan perlu diuruskan bersendirian tanpa pembantu atau ahli keluarga lain. Beberapa bulan yang lepas, saya pernah bersembang dengan kawan-kawan lama dan yang mengetahui saya sedang menjalani cuti selama 12 bulan atas sebab menjaga anak. Saya tidak menyangka saya akan menerima "penangan" ayat sebegini, "Eh...bestnya kau Rose jadi full time housewife/mother. Bolehlah tido sepuas-puasnya. Tengok TV back to back".  Maka jauh di sudut hati saya menjawab, "Mangkuk betul dia ni. Kau silap besar bila kau anggap suri rumah tangga sepenuh masa ader masa nak buat macam yang kau cakap ni". Saya dengan sabar memberikan senyuman walaupun rasanya saya tau itu senyuman kelat. Saya hanya menjawab, "Bolehlaa...Alhamdulillah sebab dapat spend masa sepenuhnya dengan family...kan itu sebabnya saya mohon cuti tanpa gaji".
Mengapa saya kata tugas sebagai isteri/ibu/suri rumah tangga sepenuh masa ini sangat mencabar dan berat? Kerana jadual waktu "bekerja" di rumah lebih padat daripada jadual waktu bertugas di pejabat. Kenapa jadi begitu? Jawapannya kerana bekerja di pejabat ada masa office hour - pukul 8 pagi - 5 petang. Ada 1 jam untuk lunch break/ masa untuk berehat.  Manakala tugas dan tanggungjawab 3 in 1 ini TIDAK MENGENAL OFFICE HOUR. Lebih-lebih lagi dengan adanya seorang bayi kecil yang sememangnya memerlukan sepenuh perhatian dan penjagaan yang teratur. Kerenah bayi tidak dapat dijangka dan ditetapkan sebagaimana kita bekerja mengikut masa bekerja di pejabat.
Tugas Rutin Tidak Mengenal Office Hours
Tugasan sebagai 3 in 1 in bermula seawal pukul 5 pagi untuk menyusukan bayi dan menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Selepas suami pergi kerja dan anak sulung pergi ke sekolah, bayi kena mandikan dan bagi makan. Selepas itu, makanan tengahari harus disediakan juga untuk anak yang balik dari sekolah. Selang satu jam, bayi pulak kena tidurkan. Diri sendiri belum tentu dah mandi dan makan. Kalau sempat mandipun, lebih kurang sahaja. Makan memang dah tak boleh nak mengayu-ayukan diri macam nak makan kat cafĂ© atau restoran yer. Selepas bayi tidur, rumah kena kemas, menyapu, mop, kain-kain perlu dibasuh dengan mesin dan seterusnya harus disidai. Di sebelah petang pula benda yang sama kena buat. Mandikan bayi, susukan dan/atau bagi makan. Seterusnya, kena masak untuk makan malam. Masa untuk diri sendiri sudah tidak menjadi keutamaan. Tugasan belum berakhir di situ. Pinggan mangkuk perlu dibasuh dan dapur kena kemaskan. Malam kena dodoikan bayi pula. Sebelum masuk tidur, barulah diri sendiri boleh mandi dengan teratur. Arrgghhhh...Tarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan....Hati hanya mampu berbisik "Ya Allah Ya Tuhanku...kuatkanlah semangatku, tabahkanlah hatiku, tebalkanlah dinding kesabaranku untuk menghadapi dugaan di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri/ibu/suri rumah sepenuh masa ". Tak sangka seberat itu tanggungjawab dan tugas yang seorang isteri/ibu dan/atau suri rumah tangga sepenuh masa kena PIKUL.
Banyak pengajaran yang saya sedari dan pelajari...di saat itulah, perasaan kasih dan sayang serta rasa kagum terhadap ibu saya semakin menjadi-jadi...Walau tidak semewah mana, seorang ibu yang melahirkan ramai anak mampu mengasuh, menjaga, mendidik, membelai, memberikan makan dan pakaian serta menyekolahkan anak-anaknya. Tiada kata-kata yang mampu menzahirkan maksud budi dan jasa, kasih dan sayang ibu/bapa yang diberikan oleh ibu dan bapa terhadap kita semenjak kecil sehingga kita boleh berdikari....Semoga Allah SWT senantiasa memelihara ibuku, ibuku, ibuku serta ayahku...Aaminnn...
Baiklah...nanti saya sambung lagi perkongsian pengalaman 3 in 1 saya di lain masa. In shaa Allah.
* 3 in 1 maksudnya di sini ialah peranan sebagai seorang isteri/ibu dan suri rumah tangga sepenuh masa.
Rosliah Fahmi
Bintulu,Sarawak

No comments:

Post a Comment