18 Sept 2014

Yang mana satu pilihan kalbu: Breastfeeding atau Susu Formula?

Assalamualaikum semua,

Minggu lepas saya telah pergi menemani sang suami menjalani rawatan fisioterapi di BMC Bintulu. Sementara menunggu sesi rawatan suami selesai, saya bersembang dengan petugas-petugas wanita yang ada pada hari itu. Kebetulan petugas-petugas itu saya dah kenal lama. Mereka juga baru kembali bertugas setelah bercuti melahirkan bayi mereka dua bulan lepas.
 Kami saling bertukar cerita mengenai bayi masing-masing. Salah seorang petugas tersebut meluahkan rasa rindu yang teramat terhadap bayinya yang terpaksa ditinggalkan di kampung halaman bersama suami dan ibu mertua manakala beliau tinggal seorang di Bintulu demi tugas. Hanya pada hujung minggu dan cuti umum beliau dapat pulang menjenguk bayinya.
Saya bertanya, "Abis tu bagi susu badan ka susu tin"? Jawabnya, "Saya bagi susu tin saja la kak Rose sebab susu saya tidak cukup. Susu saya sudah kering kak". Panjang lagi cerita mengenai susu badan/susu ibu sebenarnya.
 Dikesempatan inilah saya berkongsi dengan mereka pengalaman pertama percubaan saya breastfeedkan anak sulung saya yang kini berusia 12 tahun. Usia saya nak mencecah 26 tahun ketika saya melahirkan anak sulung saya. Pada masa itu, tiada panduan khusus mengenai penyusuan bayi. Tiada penekanan terhadap mustahaknya menyusukan bayi dengan susu ibu. Malahan saya tidak ambil beratpun soal penyusuan susu ibu. Almaklumlah saya berada jauh dari keluarga dan hanya menguruskan diri dan rumahtangga sahaja mengikut rentak otak sendiri. Ditambahkan lagi dengan kesibukan melayan karier yang baru meningkat naik. Banyak kursus-kursus berkaitan  tugas dan jawatan yang wajib perlu dihadiri sehingga seminggu ke dua minggu dan sebagainya. Malahan saya tidak pernah terfikirkan untuk memerah susu untuk memastikan air susu tidak kering. Pada saya, aktiviti perah-memerah susu ni..errgghhhh…sungguh kelakar bunyinya kerana saya membayangkan lembu yang diperah putingnya untuk mendapatkan susu.  

Selepas saya kembali dari berkursus selama 2 minggu di Ayer Keroh, Melaka, masa nak bagi susu kat baby saya, baby pula menolak dengan lidah comel dia. Dah suka dengan susu Pediasure yang jadi makanan selama 2 minggu agaknyer. Beberapa hari saya cuba bagi kat dia, masih tak nak. Akhirnya, sedar tak sedar, buah dada makin kempis. Air susu makin kedekut nak keluar. Persoalan yang selama ini akhirnya terjawap. Rupa-rupanya air susu saya kering bukanlah disebabkan memang nak kering semata-mata atau air susu tidak cukup. Keringnya susu itu adalah disebabkan oleh tiadanya aktiviti hisapan (sucking) dari bayi  saya ataupun aktiviti yang menyebabkan air susu dikeluarkan. Sekarang baru saya faham bahawa bahagian otak kita yang saling berkait dengan bahagian yang mengeluarkan susu hanya akan memproses pengeluaran susu seandainya terdapat aktiviti yang “trigger” kilang pengeluar susu itu. Aktiviti hisapan bayi atau perahan itu tadi akan "dibaca” oleh sel otak yang berkenaan sebagai satu permintaan dan hanya jika ada permintaan barulah kilang pengeluar susu akan “membekalkan” susu tadi. Secara ringkasnya, proses  atau fenomena ini lebih dikenali sebagai supply and demand. Oleh itu, seandainya tiada demand terhadap susu ibu tadi, maka tiadalah supply dari kilang susu. Dan akhirnya, keringlah kilang susu tadi (susu ibu kering).

Selepas itu,  apabila ditanya oleh kawan-kawan mengapa saya tidak memanjangkan penyusuan bayi, (sebab nak cover kebodohan sendiri), senang-senang jer saya jawap “susu saya kering la. Entah kenapa cepat kering. Tak cukup susu agaknya. (Padahal saya sendiri tak tau selama ini kaedah penyusuan saya yang silap).
Kini dari pembacaan saya,  rupa-rupanya rahsia untuk memastikan air susu tidak kering ialah "dengan menyusukan bayi sekerap yang boleh" ataupun kalau ibu yang mempunyai karier, ibu berkenaan kenalah bersedia untuk memerah susu di pejabat. Panduan penyusuan yang teratur termasuklah panduan yang lengkap mengenai keibubapaan, penjagaan kehamilan dan yang seangkatan dengannya banyak dinyatakan di laman www.babycentre.com. Kredit juga saya tujukan kepada penulis ebook Panduan Penyusuan Untuk Ibu Bekerja iaitu Puan Intan Rahayu Samad kerana melalui ebook beliau yang saya beli, banyak tips dan panduan yang saya belajar khususnya bagaimana mengekalkan air susu sementara ibu bekerja di pejabat ataupun berjauhan daripada bayi. Kawan-kawan juga boleh melayari http://pumponthejob.com/?ref=4 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
 
Keperluan seperti breastpump dan botol susu serta freezer haruslah diambilkira. Oh ya. Sebelum saya mengambil cuti panjang untuk menjaga bayi saya, aktiviti memerah susu di pejabat memang salah satu agenda saya selama  6 bulan. Saya tak nak mengulangi kesilapan saya sebelum ini. Saya kena pastikan bekalan susu untuk baby saya cukup untuk 5 hari sementara saya bertugas jauh nun di sana. Setiap hujung minggu, saya tak lupa membawa stok perahan susu balik ke Bintulu.  Tidak mustahil sebenarnya untuk memastikan penyusuan bayi sehingga 2 tahun kerana ibu-ibu lain berjaya melakukannya. Ibu dan nenek serta moyang kita sebelum ini pun berjaya melakukannya. Sehingga kini saya masih menyusukan bayi saya. Saya yakin ibu-ibu di luar sana pun pasti boleh. In shaa Allah.
 
Setiap peket hendaklah diletak tarikh dan bulatkan isi setiap peket mengikut sukatan yang tertera pada peket seperti di dalam gambar.
 
Susu perahan saya secara purata ialah 5oz ke 6oz setiap peket.

 
Bayi kedua saya.
 
Assalamualaikum semua...nama saya Ghaanii Omaar Vel.
 
Kakak dan adik.
Saya menggunakan breastpump Philips Avent untuk memerah susu. Jenama lain juga banyak di pasaran seperti Pureen dan Madela.
 
Oleh itu, buat ibu muda atau yang belum berpengalaman dalam hal penyusuan bayi bolehlah melawat laman yang saya sebutkan di atas.  Sekian sahaja entri untuk kali ini. Di kesempatan lain saya akan berkongsi kelebihan dan kekurangan yang akan seorang ibu lalui (berdasarkan kehidupan seharian) berbanding menyusukan bayi dengan susu formula.
Wasalam.
 
Salam Mesra
Rosliah Fahmi
http://pumponthejob.com/?ref=4
rosliah.fahmi@facebook.com
Google.com/+rosefahmi
rosliahfahmi.blogspot.com
 
 
bulan. Saya akan membawa bekalan susu selama 5 hari itu pada hujung minggu untuk diberikan kepada bayi saya ketika saya kembali bekerja. Tidak mustahil sebenarnya untuk memastikan penyusuan bayi sehingga 2 tahun kerana ibu-ibu lain berjaya melakukannya. Ibu dan nenek kita sebelum ini pun berjaya melakukannya.
 
Oleh it
Yang mana satu pilihan kalbu: Breastfeeding atau Susu Ibu?

 

 

Assalamualaikum semua,

 

Minggu lepas saya telah pergi menemani sang suami menjalani rawatan fisioterapi di BMC Bintulu. Sementara menunggu sesi rawatan suami selesai, saya bersembang dengan petugas-petugas wanita yang ada pada hari itu. Kebetulan petugas-petugas itu saya kenal sejak awal tahun ini . Mereka juga baru kembali bertugas setelah bercuti melahirkan bayi mereka.

 

Kami saling bertukar cerita mengenai bayi kami. Salah seorang petugas tersebut terpaksa meninggalkan bayi beliau di kampong halaman bersama suami dan ibu mertua beliau manakala beliau tinggal seorang di Bintulu demi tugas. Hanya pada hujung minggu dan cuti umum beliau dapat pulang menjenguk bayinya.

 

Saya bertanya, "Abis tu bagi susu badan ka susu tin"? Jawabnya, "Saya bagi susu tin saja la kak sebab susu saya tidak cukup. Susu saya sudah kering kak". Panjang lagi cerita mengenai susu badan/susu ibu sebenarnya.

 

Dikesempatan inilah saya berkongsi dengan beliau pengalaman pertama percubaan saya menyusukan badan kepada anak sulung saya. Pada ketika itu usia saya nak mencecah 26 tahun ketika saya melahirkan anak sulung saya. Tiada panduan khusus mengenai penyusuan bayi. Tiada penekanan terhadap mustahaknya susukan bayi dengan susu ibu. Almaklumlah saya berada jauh dari keluarga dan hanya menguruskan diri dan rumahtangga sahaja.

 

Persoalan yang selama ini akhirnya terjawap. Rupa-rupanya air susu saya kering bukanlah disebabkan memang nak kering semata-mata atau air susu tidak cukup. Sebenarnya rahsia untuk memastikan air susu tidak kering ialah "dengan menyusukan bayi sekerap yang boleh" ataupun kalau ibu yang mempunyai karier, ibu berkenaan kenalah bersedia untuk memerah susu di pejabat. Keperluan seperti breaspump dan botol susu serta freezer haruslah diambilkira. Sebelum saya mengambil cuti panjang untuk menjaga bayi saya, aktiviti memerah susu di pejabat memang salah satu agenda saya selama  6 bulan. Saya akan membawa bekalan susu selama 5 hari itu pada hujung minggu untuk diberikan kepada bayi saya ketika saya kembali bekerja. Tidak mustahil sebenarnya untuk memastikan penyusuan bayi sehingga 2 tahun kerana ibu-ibu lain berjaya melakukannya. Ibu dan nenek kita sebelum ini pun berjaya melakukannya.

 

Oleh it

 

No comments:

Post a Comment