23 Dec 2014

TERIMA KASIH SIM KAD TUNE TALK TONE EXCEL

Salam Sejahtera semua sahabat-handai yang jauh dan dekat,

Apa khabar? Lama sungguh saya membiarkan blog blue-purple saya ini "tidur lena". Maafkan saya. Sibuk kerana menguruskan perkara-perkara lain yang mengatasi kudrat saya untuk duduk depan komputer dan mengemaskinikan semua aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang bulan September 2014 hingga kini, Disember 2014. Bermula dari menemani dan menguruskan hal keperluan anak saya yang akan menduduki peperiksaan UPSR sehingga menerima keputusan UPSR baru-baru ini dan pelbagai lagi aktiviti yang Kami sekeluarga telah lalui.  

Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana memberikan keputusan yang cemerlang kepada anak saya dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini dengan mendapat semua 5A. Alhamdulillah. Cerita tentang ini akan saya kongsikan di entri lain. In shaa Allah kerana entri kali ini saya nak berkongsi mengenai KELEBIHAN SIM KAD TUNE TALK TONE EXCEL kepada sahabat semua. 

Untuk sahabat yang belum sempat mengenali latar belakang Syarikat Tone Excel Sdn Bhd, ia ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat yang memberi peluang perniagaan kepada usahawan di bidang telekomunikasi. Pada 10 Februari 2010, syarikat ini telah menandatangani perjanjian dengan Tune Talk yang merupakan pembekal kepada komunikasi untuk memberikan peluang kepada pengguna-pengguna handphone di Malaysia untuk mencapai kebebasan kewangan serta berbagai keuntungan sebagai ahli.  Tune Talk dimiliki oleh syarikat induk Tune Group yang terdiri daripada Tune Insurance, Air Asia, Tune Hotel, Tune Money, Tune Support dan Tune Talk. #kredit kepada handbook Tuan Mazelan Abas.







Permulaan Yang Tidak Disangka

Semenjak saya bercuti tanpa gaji bermula Mei 2014, saya akui saya dapat meluangkan masa untuk membaca buku-buku motivasi, buku-buku mengenai pelaburan hartanah tulisan Tuan Azizi Ali, Milan Doshi, buku-buku mengenai pelaburan hartanah lelong oleh Tuan Shafie Bustan, webinar anjuran Dr Shah Razali dan lain-lain, buku-buku internet marketing, tentang affiliate - Ashadee (Gobala Krishnan- saya siap join webinar), teknik email marketing oleh Tuan Faisal Ismail (saya siap join webinar) dan seumpamanya. Saya juga berpeluang menyertai kursus keusahawanan anjuran Dr. Haji Azizan Osman. Saya juga dapat mengagihkan masa membuka facebook dan berhubung dengan rakan-rakan yang saya tak sempat berkomunikasi selama ini dan yang penting  sekali, saya dapat membaca banyak maklumat yang berguna di dalam facebook. 

Face Book Yang Memulakan Segalanya

Ada yang kata facebook telah membawa bencana ke dalam hidup mereka sekeluarga. Memang betul ada yang berlaku sedemikian. Nauzubillah minzalik. Mohon ini dijauhkan daripada kita semua. Saya bersyukur kerana setakat ini facebook masih dan telah "berbuat baik" ke atas kehidupan Kami sekeluarga. 

Mesti kawan-kawan tertanya-tanya, "apa dia tu?". Haaaa...mari kita flashback ya. Bermula bulan Jun atau Julai tahun ini, saya telah banyak melihat dan membaca mengenai #tunetalktoneexcel di merata-rata facebook wall saya. Tanpa sebarang perasaan saya layan jer membaca sampai habis. Tengok video testimoni yang diberikan. contohnya bit.ly/simkadsantaiAAhttps://www.youtube.com/watch?v=heCKNjvKYRo, https://www.youtube.com/watch?v=dFFtpbZh4WM, https://www.youtube.com/watch?v=DGKyy2Ihczc, https://www.youtube.com/watch?v=5Tug0-9yo7Y dan banyak lagi testimoni mengenai sim kad ini.

Namun, walaupun dah membaca, sedikitpun saya tidak teruja untuk  mencuba atau menghubungi empunya facebook yang postkan ke wall saya tentang benda alah ni. Hari demi hari dan bulan demi bulan saya ternampak dan terbaca post perkongsian KELEBIHAN DAN KEBAIKAN sim kad ini. Akhirnya saya pun tergerak hati untuk saja-saja bertanya kepada empunya facebook ini. 

Saya bertanya ini itu, itu ini. Tujuan sebenar saya nak menghubungi dan berkomunikasi dengan empunya facebook itu adalah untuk memastikan kesahihan dan kewujudan beliau. Dan ini tidak berakhir di situ. Selepas dah berpuas hati dan yakin dengan kewujudan beliau dan penerangan mengenai sim kad ini, ia tak berakhir di situ. 

Saya mengambil masa lagi untuk membaca dan terus membaca mengenai perkara ini. Saya membuka web site yang berkaitan seperti ini http://toneexcel.biz/?id=596793 dan http://tunetalk.ws/596793.php untuk kepastian dan kepuasan hati. Maklumlah hati dan naluri kita sekarang ni sentiasa nak berwaspada terhadap scam dan penipuan melibatkan teknologi tinggi dan berbagai macam lagi. 


Hati Telah Terpaut

Pada pertengahan bulan Oktober saya ada menyuarakan hasrat dan cadangan kepada suami tersayang untuk bertukar kepada sim kad tune talk tone excel namun tiada sebarang respon. Tak apalah. Biarkan saja cadangan itu berlalu umpama angin yang berpuput di senja hari. 

Pada awal November 2014, saya sekali lagi menyuarakan hasrat kepada suami tersayang untuk bertukar kepada sim kad tune talk tone excel. Saya siap printkan semua KELEBIHAN dan GANJARAN yang akan dinikmati jika menggunakan sim kad ini yang mana tidak terdapat dan belum pernah ditawarkan oleh mana-mana telco lain setakat ini. Sang suami pun akhirnya berkata, "tak aperlah.  Sayang joinlah dulu". 

Akhirnya pada penghujung November 2014, saya telah membuat keputusan untuk menjadi pengguna sim kad tune talk tone excel. Selang 2 minggu lepas itu, akhirnya suami dan keseluruhan keluarga besar Kami bertukar kepada sim kad tune talk tone excel! Tahniah kepada diri saya khususnya dan KAMI sekeluarga amnya kerana telah berjaya mengubah minda menjadi  pengguna bijak yang telah memilih sesuatu produk yang memberikan nilai yang lebih banyak kepada kita. 


APA SEBENARNYA YANG BEST SANGAT DENGAN SIM KAD TUNE TALK TONE EXCEL NI? HEBAT SANGAT SANGAT KER? 

Baiklah sahabat-sahabat semua. Sebelum saya terlajak jauh, saya nak juga perkenalkan apa dan siapa sebenarnya sim kad ini. Begini lah rupa sim kad yang saya maksudkan: 

Yuran pendaftaran seumur hidup sebanyak RM90. Percuma satu sim kad tune talk  tone excel dan di dalam sim kad tersebut sudah terisi kredit percuma RM30. 
Passive income??? Walaupun terlantar sakit di hospital tetapi pendapatan hasil usaha dalam bisnes selama  ini, komisen tetap dibayar ke dalam akaun kerana komisen akan dibayar kepada kita oleh pihak Tone Excel selagimana orang yang kita taja tersebut menggunakan sim kad TTTE.  
Suri rumah tangga pun mampu menjana pendapatan secara pasif walaupun berkongsi secara secara santai kelebihan sim kad ini dengan kawan-kawan.


Saya percaya ramai yang sudah tahu dan baca mengenai sim kad ini. Semasa Kami membuat kempen kesedaran penggunaan sim kad ini di kalangan sahabat dan di sekitar kejiranan, rata-rata maklumbalas yang kami perolehi ialah mereka memang pernah dengar, baca dalam facebook, wechat dan melihat dalam newspaper mengenai sim kad ini tetapi tidak mengetahui lebih lanjut mengenai  KELEBIHAN, KEUNTUNGAN, GANJARAN SERTA KEBAIKAN yang diberikan dan akan dinikmati sebagai pengguna sim kad tune talk tone excel. 


Mari saya nyatakan apakah KELEBIHAN, KEUNTUNGAN, GANJARAN SERTA KEBAIKAN yang saya maksudkan. 


KELEBIHAN 

1. Sim kad  Tune Talk Tone Excel ("TTTE") ni akan diberikan secara percuma ketika mendaftar sebagai pengguna sim kad ini. 

2. Anda boleh KEKALKAN NOMBOR TELEFON yang sedang anda gunakan (Best kan. sebab tu saya suka dengan TTTE ni. Tak naklah bila tukar nombor handphone saya kena sms  nak info nombor handphone baru saya kepada setiap contact yang seramai beratus-ratus tu).

3. Dapat air time/kredit percuma apabila kita top up sebanyak RM30 dapat PERCUMA RM10. Kalau kita top up RM50 kita dapat RM20 percuma (Tak  kan tak nak percuma kredit kot?)

4. Kalau kita top up RM50 ke atas, kita pula diberikan PERLINDUNGAN INSURAN KEMALANGAN dan KECACATAN KEKAL sebanyak RM100,000 secara percuma (Ini sangat sesuai dengan mereka yang beli top up banyak melebihi RM50 setiap bulan. Dah tak payah da nak melanggan insuran kemalangan peribadi lagi kalu dah membeli top up melebihi RM50 setiap bulan. Mudah kan? Of course tertakluk kepada syarat dan terma dengan insuran. Mana-mana insuran pun ada syarat dan terma.) Oh ya. Insuran ini boleh diwariskan kepada waris-waris kita. 

5. Setiap kali kita top up, kita sebenarnya mengumpul point samada kita sedar atau tidak. Point ini akan direkodkan di dalam sistem dan boleh bergabung dengan Point Kad Mesra Petronas. (Ya. Ada sistem. Sistem inilah  yang menyimpan data dan maklumat kita. Sistem ini kita sendiri akan ada akses dan kita sendiri boleh up date maklumat diri kita dan waris-waris kita). Point ini kita boleh tebus untuk tujuan membeli tiket Air Asia dan melancong kemana-mana, e-gift voucher, membeli tiket wayang, tiket concerts, membeli smartphone seperti samsung, LG, Ninetology, Blackberry, HTC dan Nokia.

6. Mendapat diskaun hebat sehingga 30% ke atas semua rangkaian Tune Hotel.

7. Peluang menunaikan Umrah PERCUMA (Khusus untuk yang beragama Islam).

8. Insentif melancong

9. Cabutan bertuah bulanan dan tahunan

10. Top Up Rebat (Cash back. Ini bermaksud anda sendiri top up pun diberikan cash back sebanyak 3%  (Kalau anda beli top up di kedai ) dan 7% (Jika anda set dalam sistem untuk buat auto reload minima RM50 sebulan).

11. Banyak lagi yang lain dan dapat dilihat jika anda melawat web http://toneexcel.com 







LEBIH TERJAMIN

1. Liputan  MELUAS (Tune Talk menggunakan prasarana dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak CELCOM. Jadi di mana ada liputan CELCOM di situ ada liputan Tune Talk Tone Excel). Celcom memiliki saham sebanyak 38% di dalam Tune Talk. 

2. Tiada had akaun. Boleh register sebanyak mana sim kad atas nama sendiri. 

3. Top up boleh didapati di merata-rata tempat seperti TESCO, 7Eleven, Watson, Guardian, 99 Speedmart, BHP, Petron, Petronas, Shell, E-pay, Bank Rakyat, CIMB CLICK, Maybank2u dan sebagainya. 

4. Big point yang terkumpul adalah tiada tempoh luput.

5. Sebarang pendapatan seperti komisen top up (Jika kita ada menaja orang menjadi pengguna sim kad ini)  dan juga cash back top up kita sendiri boleh diwariskan kepada waris kita.

6. Sebarang komisen atau bonus akan dibayar terus melalui akaun bank kita (nak tak tengok duit masuk ke dalam akaun kita sendiri?)

7. Bonus penajaan dibayar pada 30hb atau 31 hb jika kita ada menaja sesiapa dalam tempoh 1hb - 15hb bulan tersebut manakala jika menaja 16hb - 30hb/31, bonus akan dibayar pada 11hb bulan depan. Komisen top up bulanan pula akan dibayar pada 21hb bulan berikutnya. 



8. Peluang menjadikan ini sebagai platform untuk menjana pendapatan pasif atau sebagai gaji kedua (Sambil ngeteh dan kopi-kopi kita berkempen dengan sesiapa saja mengenai kelebihan sim kad ini. Tak perlu menjadi salesman. Kita bercerita (Bukan bergosip yer) dan berkongsikan kepada sesiapa sahaja mengenai sim kad ini sebagaimana kita bercerita perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita, atau seperti mana kita bercerita mengenai demam bola World Cup baru-baru ini. Sebab masih ramai yang tak sedar kewujudan sim kad ini. Cukup kita bercerita dan berkongsi mengenai kelebihan yang kita perolehi sejak menggunakan sim kad ini, (Macam yang saya sedang buat ni la kan). 







Seciput jer?

Sejujurnya, saya nak testing jer pada mulanya. So saya pun cerita segala benda ni dengan adik lelaki bujang saya. Dia nampak begitu berminat. Maklumlah dengan cash back yang ditawarkan dan penjimatan yang mampu dibuat.  Pada mulanya saya dapat melihat di dalam sistem http://toneexcel.com tu saya mendapat hanya RM17.00 jer sebagai bonus fast track sebab berjaya menaja seorang jer pada 1hb - 15hb dicampur dengan 90 sen sebagai cash back 3% daripada top up saya sejumlah RM30. Jumlah RM17 ini saya terima pada 30hb.  Memang pun seciput kan. Tapi seciput-seciput pun siapa yang saja saja nak bagi kiter RM17. Ini dah lepas minyak motorsikal ni. Telco lain ador ker???

Malah bila saya tengok gambar kat bawah ni..saya berbisik di dalam hati..."e ehh...sifu ni dah jutawan ni..nak juga masuk bisnes ni..." 


Jumlah semakin naik setiap hari

Dan sejujurnya saya kena akui bahawa, sebagaimana naluri insan lain, saya juga merasa seronok dan semakin excited dengan sim kad ini kerana semakin ramai yang mengetahui dan menyedari kelebihan sim kad ini dan mereka mendaftar dengan Kami sebagai pengguna sim kad tersebut. Komisen yang dibayar oleh Syarikat TTTE ini semakin meningkat hari demi hari. Jumlah ini dapat dilihat di dalam sistem yang dapat diakses terus ke dalam web site www.toneexcel.com. 

Bermula dengan RM17 + 90 sen, kini mencecah ratus walaupun belum dikemaskini sepenuhnya sehingga hujung bulan ini. Itu tidak termasuk bonus tahunan yang akan dibayar pada Januari 2015. Jumlah yang meningkat ini berkadaran dengan jumlah pengguna yang mendaftar yang semakin meningkat dari hari ke hari. 

Oh ya. Sebelum saya lupa,sim kad ini tidak sama dengan sim kad tune talk yang boleh dibeli dengan harga RM5 sahaja di kedai. Sim kad tune talk itu tidak mempunyai kelebihan sepertimana yang diberikan di dalam TTTE ini kerana sim kad TTTE ini adalah di bawah Referral Program iaitu member introduce to new member yang membawa makna bahawa hanya yang telah mendaftar sebagai pengguna sim kad TTTE ini sahaja yang dapat menaja pengguna baru ke dalam referral program ini. 


Tiada Siapa Yang Rugi Melainkan Diri Sendiri


Barangkali tidak keterlaluan bila saya katakan bahawa kita sendiri yang memilih untuk menolak kelebihan, kebaikan, keuntungan serta ganjaran yang terhidang di depan mata jika memilih untuk tidak menggunakan sim kad ini. Betul. Memang betul bahawa soal memilih adalah 100% keputusan peribadi. Malah ini adalah soal hati. Soal kehendak dan soal kemampuan. Samalah juga dalam soal memilih jodoh. Soal perasaan.Soal hati.

Namun saya bersyukur kerana "jodoh" saya ada dengan tune talk tone excel. Sambil santai bercerita perkongsian dengan keluarga besar di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung serta kawan-kawan, saya gembira kerana dapat mengkhabarkan sesuatu yang baik untuk mereka. Apatah lagi kawan-kawan saya yang sering mengeluh mengenai kos hidup yang semakin meningkat. Dengan adanya referral program sim kad TTTE ni, dapatlah mereka menukarkan handphone yang selama ini menjadi liabiliti (Kerana habis kredit kena beli top up juga. Samada kita guna atau tidak, top up akan expire dan tetap kena beli top up juga lagi ataupun bill telefon tetap kena bayar bila sampai waktu kitaran bill) telah bertukar menjadi mesin yang menjana pendapatan sampingan dan seterusnya menyumbang kepada penjimatan mereka sekeluarga. Kini handphone bukan lagi bebanan/liabiliti kepada mereka, termasuk juga kepada diri saya sendiri kerana sim kad inilah yang menjana pendapatan secara sedar atau tidak (Err..saya tak jual top up. Saya cuma berkongsi kebaikan sim kad tune talk tone excel di sini. Kalu anda nak register silalah berhubung dengan saya atau lawati web http://www.usahawantelco.com/rosefahmi. Tapi kalu nak beli top up silalah pergi ke kedai yang berhampiran ya).



Cadangan Saya 

Sim kad TTTE ini bukanlah spesis alien dari bumi yang lain. Ia juga seperti sim kad yang sedia ada yang dikeluarkan oleh telco lain seperti m...c...d...u...a... Ia adalah sim kad prepaid. Setakat ini belum terdapat post paid untuk sim kad  TTTE. 

Tidak rugi untuk mencuba supaya anda dapat alami/lalui sendiri. Lihat sendiri apa kelebihan, keuntungan, kebaikan dan ganjaran yang anda akan nikmati. Kalau tak suka dan tak berpuas hati, tukar saja ke telco lain. Saya juga pernah berbuat begini suatu ketika dulu bilamana akibat perasaan geram tahap gaban dengan satu telco ni yang kononnya ada di serata dunia. Tetiba balik ke kampung saya di Keningau, Sabah. Hampehh...satu line pun tak de. Esoknya saya "bercerai talak 3" terus dengan line itu tetapi saya tetap maintain nombor handphone itu sehingga kini walaupun saya menggunakan sim kad TUNE TALK TONE EXCEL. 

Oh ya. Sebelum saya terskip satu perkara, antara sebab mengapa saya bertukar kepada sim kad TTTE ini ialah, selepas saya bertukar ke satu telco ini (selepas insiden saya geram tahap gaban seperti yang saya nyatakan di perenggan atas - cerita  5 tahun dahulu, saya pun melanggan post paid dengan satu telco ni dengan nombor handphone yang sama. Jumlah langganan saya adalah RM68 sebulan. Jumlah ini termasuklah pelan data internet, sms dan panggilan. Saya kena bayar jumlah ini sama ada saya guna atau tidak setiap bulan. 

Bertahun lama juga saya setia dengan telco ini dalam lebih kurang 5 tahun. Saya hanya mendapat ganjaran panggilan percuma kepada nombor telco yang sama sahaja ketika harijadi saya yang hanya datang menjenguk sekali setahun sahaja. Selain daripada yang saya sebutkan tadi, tiada kelebihan atau faedah lain yang saya nikmati sepertimana yang ditawarkan oleh sim kad TTTE.  Ileh. Meiyou. Nada. Ingga. No. Nothing

Oleh kerana saya mula tertarik dengan KELEBIHAN, KEUNTUNGAN, GANJARAN dan KEBAIKAN yang diberikan sebagai pengguna sim kad TTTE, maka saya pun mula membuat perbandingan dengan telco yang saya begitu setia ketika itu. Saya mula mencongak. Ini yang akan saya dapat jika bertukar ke sim kad TTTE: 

(a) Jika saya top up RM50 dengan sim kad TTTE -  saya akan dapat RM20 kredit percuma;

(b) Saya dapat free perlindungan insuran kemalangan sebanyak RM100K - dah tak perlu nak melanggan insuran kemalangan lagi;

(c) Saya dapat menjimatkan duit sebanyak RM18 setiap bulan kerana hanya dengan membeli top up RM50 saya dah dapat RM70 kredit dalam sim kad. Ini dah melebihi kos telefon bulanan saya selama ini;

(d) Saya dapat mengumpul point dari top up tersebut dan point tersebut boleh ditebus untuk mendapatkan tiket kapal terbang Air Asia, tiket wayang, top up dll;

(e) Saya mendapat cash back masuk ke dalam akaun  bank saya sendiri sebanyak RM50.00 X 7% (Saya akan memilih auto reload untuk mendapatkan maksimum benefit iaitu 7%) = RM 3.50 masuk ke dalam akaun saya sendiri dari top up tersebut (E eh...tak kan tak nak?)

Itu antara faedah yang saya nampak ketika itu yang menyebabkan saya tanpa menoleh kebelakang lagi meneruskan niat bertukar ke sim kad ini. Saya terus order sim kad untuk diri saya sendiri daripada insan yang telah membuatkan saya "terbaca" post mengenai sim kad ini di facebook wall saya. Alhamdulillah. 

Akhir kata, kadang-kadang Allah datangkan sesuatu itu untuk mengubah nasib dan hidup kita sama ada kita sedar atau tidak. Keputusan di tangan anda. 



p/s: "Orang Yang Berjaya Melihat Peluang, Orang Yang Gagal Hanya Melihat Alasan" - Petikan ayat dari Sifu Mazelan Abas. 


Salam Mesra dan Salam Sayang Selalu

Rosliah Fahmi
Bintulu, Sarawak
Disember 2014
Saya suka sangat dengan statement kat dalam gambar ini.