30 Dec 2015

Ilmu Hartanah Boleh Mengkayakan Poket Anda???


Aku bersetuju dengan kenyataan di atas. Anda mungkin berbeza pendapat. Antara ilmu hartanah ialah ilmu memilih lokasi dan jenis harta seperti rumah, tanah atau kedai atau rumah kedai yang anda berhasrat untuk membeli. Pasti ada di antara anda yang bercadang untuk membeli rumah, tanah atau kedai untuk kegunaan sendiri. Mungkin ada juga di antara anda  yang ingin membeli hartanah berkenaan untuk tujuan pelaburan. 

Pelaburan

5 tahun yang dulu, kuakui, begitu kosong kosongnya otak ini mengenai hartanah. Aku langsung  tak tau apa kaitan pelaburan dengan hartanah. Walaupun aku telah membeli hartanah yang pertama, iaitu rumah teres dua tingkat ketika berusia sekitar 24 tahun (1999) dulu di kampung halaman daerah kelahiranku, #Keningau,Sabah. Masa tu, my mom lah yang paling banyak mempengaruhi pola perbelanjaan duit gaji yang ku terima setiap bulan. Maklumlah. Aku adalah satu-satunya anak beliau yang bekerja dengan gomen. Selepas dari itu, aku mengorak langkah mengikut arus sebagaimana orang lain lakukan. Pada tahun 2001 aku membeli sebuah apartment di #TamanSentosaKlang. Dan tahun berikutnya aku gatal lagi membeli sebuah apartment milik projek #pkns di #ShahAlamSelangor. 

Bermula Kesedaran Tentang Pelaburan

Walaubagaimanapun, hanya pada tahun 2010 aku mula menyedari betapa peluang yang begitu terbentang luas kepada aku untuk menyewakan kesemua hartanah yang aku ada. Bila aku imbas kembali kenapa aku tak pernah terlintas untuk menyewakan semua rumah tersebut? Baru aku sedar. Kerana rumah  yang kat kampung, famili aku sendiri yang duduk. Apartment yang kat Klang, adik-beradik aku yang duduk manakala yang kat Shah Alam pulak, aku sendiri yang duduk. Chissss...

Mata dan minda aku betul-betul  terbuka dan tersedar apabila aku da tak larat nak jaga uma aku yang ada kat sana-sini. Mana nak bayar cukai taksiran, cukai pintu, Indah Water Konsortium, bil air, bil api, dll. So, pada tahun 2012,aku dan sang suamipun bersetuju untuk memulakan aktiviti mengiklankan dan menyewakan hartanah-hartanah tersebut. Kami sama-sama meneliti semula segala struktur kewangan serta perbelanjaan yang  kami.


Hartanah Terbaru

Aku baru-baru ini telah berjaya membida 2 hartanah di dalam satu lelongan awam di #KotaKinabaluSabah pada September 2015 yang lepas. Aku first time mempraktikkan ilmu yang aku dapat dari Sifu kesayangan aku #AziziAli dan juga #ShafieBustan. Pssssttt..aku jujur ni- siap aku bawa lagi kedua-dua buku tulisan sifu-sifu hebat aku. Aku jadikan rujukan aku ketika di dalam bilik lelongan tu. Aku jer  yang tau rahsia ni. Pembida lain tak nampak apa aku refer. Terima kasih yang tidak terhingga wahai insan-insan yang terpilih ini. 

Aku akan cerita panjang kisah aku menang dua hartanah ini di lain post. Tapi aku nak bagitahu yang aku menang satu rumah lelong town house yang MV ialah RM350K tapi dilelong pada RM260K sahaja. Manakala yang satu lagi ialah shop lot yang MV ialah RM261K tapi dilelong pada RM144K. Alhamdulillah rezeki aku pada hari itu. Shop lot tu aku akan jadikan legal firm aku jika aku bersara nanti. In shaa Allah kalau diizinkan. 


Sublet

Jujurnya aku sangat tak suka perkataan "Sublet" ni dulu. Apa sebab, aku pun tak tau. Maybe sebab bunyi tu tak best dan yang paling pasti, aku tak tau maksudnya. Tapi apabila aku terbaca blog taiko-taiko hartanah termasuk blog dan fb #Fairuz n Iffa, #Sublet KL East, #abangensem, #pie2020 dll, masa tu barulah aku sedar dan nampak betapa zero nya knowledge aku ni. Ketuk kepala sendiri. Aku jujur mengaku bahawa betapa lagi mudah dan lebih murah kos untuk membuat pelaburan di dalam hartanah jika menggunakan teknik Sublet. MENYESAL AKU TAK  PERNAH TAU MENGENAI SUBLET NI DARI DULU. Aku siap beli ebook #Kaizen Hartanah lagi daripada Sublet KL East. Walau bagaimanapun, masih banyak ilmu lagi mengenai Sublet yang aku perlukan. 

Sebagai percubaan mempraktikkan ilmu sublet yang aku baca daripada Kaizen Hartanah, aku telah berjaya menjalankan sublet aku yang pertama di Bintulu pada awal tahun ni. Adalah pulangan bersih sebanyak RM300 setiap bulan. Memanglah tak banyak mana. Tapi kos minyak ulang-alik ke tempat kerja dah lepas kan... Ini baru satu sublet yang aku dan suami larat nak handle. Kalau ada masa yang lebih terluang...tak mustahil dapat lebih banyak sublet kann...

Walau bagaimanapun, aku dan suami sedang menyiapkan diri kami dengan membaca lebih banyak ilmu mengenai sublet. Manalah tahu kalau semua perancangan berjalan lancar dan sasaran kewangan kami dah tercapai...in shaa Allah langkah yang seterusnya akan bermula...

Anda dan kami mungkin sehaluan.Mempunyai matlamat yang sama. Menimba ilmu. Demi masa depan. Demi keluarga tercinta. Kami juga masih menimba ilmu mengenai sublet. Di sini  Rahsia Sublet Premium, Bonus dan Extra Bonus dan di sini Rahsia Sublet Premium dan Bonus



Belajar dan menuntut ilmu adalah proses yang hanya akan berakhir apabila nafas kita terhenti. 


Salam Muhibbah & Salam Penghujung Tahun 2015 

Rose Fahmy
Bintulu.






25 Dec 2015

Manisnya Tahun 2015 Untuk Diriku dan Keluarga

Selamat Tinggal Rumah Lamaku

Sedang aku duduk bersandar di kerusi rumah (kuarters) yang ku kira besar dan luas untuk kami berempat ini, fikiranku melayang mengimbas segala kenangan sepanjang tahun ini. Jika daku tuliskan satu persatu peristiwa dan kenangan itu, ku kira sebelum anda sempat ke noktah terakhir ceritaku, anda sudah lama melayang dibuai mimpi tahun 2016. 

Daku sebelum ini tinggal hanya sepenapak kaki sahaja daripada kuarters ini sebenarnya. 5 minit menapak ke rumah lama da pun sampai. Kenangan terindah dan termanis terlalu banyak daku lakarkan bersama keluarga di rumah lama. 

Anakku yang kukira bongsu membesar di rumah lama sehingga mencapai umur 1 tahun 8 bulan. Anak sulungku pulak mendapat 5A dalam UPSR beliau ketika duduk kat uma lama. Kami pulak sempat menambah hutang dengan membeli Hilux Toyota auto 3.0 ketika duduk umah lama (maklumlah, nak jadikan tunggangan ketika nak balik kampung di Keningau, Sabah. Nak naik belon tak mampu kalau kerap sangat). Dan cerita duka pulak ialah di rumah lama ini jugalah daku mengalami kemalangan ngeri melibatkan kereta BGP585 - total loss pada tahun 2014. Daku kehilangan kereta buruk kesayangan hati. Kereta itu banyak menyimpan suka-duka aku dengan kisah hidup lama. 

Tetapi kenangan yang paling manis di rumah lama ialah ketika aku mendapat surat perkhabaran yang meluluskan permohonan daku untuk berpindah tempat bertugas ke Bintulu. Alhamdulillah100x. Akhirnya berakhir penderitaan daku yang berulang-alik sorang-sorang ke Sibu setiap Isnin pagi. Selama hampir setahun aku berulang-alik menaiki bas ke Sibu - Bintulu. Hanya di hujung minggu atau cuti am daku dapat berjumpa dengan keluarga tersayang, terutama sekali kepada anak bongsuku yang masih menyusu badan sehingga kini. Allah mempunyai perancangan yang terindah dan terbaik buat kami sekeluarga. 


Selamat Datang Tahun 2016

Syukur yang tidak terhingga kehadirat Ilahi kerana sehingga ke saat ini Kami sekeluarga masih bernafas menghirup udara segar di muka bumi ini. Di kesempatan ini Kami sekeluarga menghabiskan masa bersama (quality time) bersama-sama di rumah. Makan, gelak ketawa, menonton video kekeluargaan yang tidak sempat ditonton, mengemas rumah bersama-sama dan sebagainya. Niat hanyalah untuk compensate masa bersama keluarga yang telah terlepas kerana tuntutan tugas dan amanah. 

Anda dan daku sudah pasti masing-masing telah menyimpan tekad baru untuk dicapai di tahun hadapan. Boleh jadi anda juga seperti saya yang carry forward tekad dan cita-cita yang telah gagal dilaksanakan pada tahun 2015. Apakah tekad itu? ahaaaaa....aku nak mengaku jer:  tekadku  ialah untuk mendapatkan semula berat badan dahulu iaitu 55 kg sahaja.  Dengan kependekan dan ke- renek- an daku ini, berat badan yang melebihi dari 55kg amatlah tidak cute

Walau apapun,  daku yakin, tahun 2016 adalah tahun yang bakal membawa seribu satu kemanisan dan pencapaian dalam hidupku sekeluraga. Orang kata You Will Never Go Wrong If You Choose Family. Daku yang telah mencapai usia 40-an ini merasa motivasi untuk bekerja bukan lagi untuk mencari duit semata-mata..tetapi untuk mengejar dan merealisasikan matlamat hidup ini. Daku telah menetapkan satu matlamat dan sasaran. 

Dengan matlamat tersebut, in shaa Allah. Sekurang-kurangnya ada panduan pelaksanaan untuk bergerak ke arah itu. Jack Ma kata "the only thing that makes me regret is that I spent too much on working and less spending time with my family".  Manakala #JH Lee kata "You are trading your most productive time with your employer".  #Dr Azizan Osman pulak kata "Anda layak untuk mempunyai kehidupan yang luar biasa. So sampai bilakah anda ingin hidup biasa-biasa saja"? 


Sepanjang tahun 2012 - 2015, daku telah membaca pelbagai buku motivasi, pelaburan dan perniagaan. Antara buku-buku yang daku miliki ialah tulisan #AziziAli, #ShafieBustan, #Robert Kiyosaki, #Warran Buffet, #Renesial Leong, #JH Lee, #Adam Khoo, #Azizul Azli Ahmad, #Zamri Mohamad, #Ahyat Ishak, #George Leong, DSR Publishing, #Ainon Mohd,#Wahi Abd Rashid, #Umar Taib, #Jasaiyani Sa'ad, #KC Lau, #Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin, #Milan Doshi etc etc. Masih  banyak lagi yang tak tertulis.

Alhamdulillah3x. Terlalu banyak manfaat yang daku perolehi hasil pembacaan yang kukira banyak. Benarlah kata orang. Membaca jambatan ilmu. Walaupun daku lulusan perundangan, namun buku-buku perundangan yang diajar di U tak mengajar kita tentang motivasi, pengurusan kewangan, pelaburan dan pendapatan pasif dan sebagainya. 

Semakin banyak membaca dan try and error yang ku praktikkan dari pembacaan itu, daku kini semakin mengenali diri sendiri. Potensi diri yang sebenar. Di mana minat dan kemahiran sebenar. Orang yang berjaya kata "Do What You Like In Your Life"! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Carilah maka anda akan berjumpa jalannya. 

Sekian dahulu untuk kali ini. Kita bertemu lagi di kesempatan lain. Salam Maulidur Rasul. Selamat Salam tahun baru. Azam baru. Impian baru. Semangat baru. Buku baru. Prestasi baru. 

#Rosliah Fahmi MG 
Bintulu, Sarawak.

18 Sept 2015

Majlis Makan Malam Bersama Hakim Mahkamah Sesyen, Bintulu

Malam semalam bersamaan 17.9.2015 di Hotel Kemena Plaza, Bintulu, Majlis Makan Malam Bersama Hakim Mahkamah Sesyen Bintulu telah berjalan dengan jayanya dan begitu lancar. Alhamdulillah.

Antara jemputan yang hadir ialah Pengurus Besar BDA Puan Rhodziah, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Lim Kwai Seng, Tuan Mattson dari SPRM, Leftenan Hafiz dari APMM Bintulu, Tuan Hazmi dari Jab. Immigresen dan Tuan Francis dari Jab, Kastam.

Antara yang hadir di majlis malam tadi.
Antara Ketua Jabatan dan/atau Wakil Jabatan yang hadir ialah dari KWSP, Jab.Kimia, LHDN, Jab.Peguam Negara, Jabatan Kebajikan dan beberapa yang lain tapi saya kurang ingat. Maafkan saya. 


 Sesungguhnya, acara sebegini adalah dirasakan amat membantu untuk mempereratkan lagi jalinan hubungan yang baik sesama jabatan. Tiadalah harapan lain selain  dari saling bekerjasama dan saling memahami tugas dan bidangkuasa serta tanggungjawab jabatan masing-masing supaya sebarang salahsangka atau salahfaham dapat dihindari. 


Apapun, Kami warga Mahkamah Bintulu ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian semua ketua jabatan dan wakil untuk menghadiri majlis pada malam tadi.Syukran. 





Tiada ungkapan lain yang mampu saya ucapkan selain jutaan terima kasih yang berpanjangan kepada seluruh tenaga kerja Mahkamah Bintulu, terutama sekali kepada Jawatan kuasa Majlis ini. Kerjasama dan persefahaman yang terjalin antara ahli begitu erat. Ini banyak meringankan tugasan saya di jabatan ini. Alhamdulillah. Saya sayangkan mereka!.



Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat Berhujung Minggu.


🎀Salam Kasih Yang Berpanjangan🎀

14 Sept 2015

Siapa nak cari rumah sewa di sekitar Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang?

Salam Mesra dan Salam Isnin semua sahabat pembaca,


Saya akui memanglah online diari saya ni selalu on and off. Panjang ceritanya. Banyak perkara telah berlaku sepanjang diari ini tidur nyenyak. 

Sebelum saya nak iklankan sebuah rumah untuk disewa, saya nak mengambil kesempatan untuk berkongsi berita gembira yang teramat besar impaknya ke atas diri ini dan seisi keluarga yang disayangi. Pada 1.6.2015, akhirnya saya mendapat berita yang termanis di dalam hidup ini setakat ini, iaitu permohonan saya untuk bertukar tempat bekerja ke Bintulu telah diluluskan. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. 

Dan bermulalah episod baru dalam hidup saya dan seisi keluarga. Status whatsapp saya pun bertukar menjadi ... and the long journey begins...

Ok lah. Untuk mereka yang sedang tercari-cari rumah sewa dengan kadar yang berpatutan dan mampumilik, bolehlah cuba jenguk kat link yang saya berikan ini. Segala contact number ada dinyatakan di dalam tu. Owner muslim. Rumah ini terbuka untuk disewa oleh sesiapa sahaja tidak mengira agama, bangsa dan jantina, berkeluarga atau bujang. Yang penting bakal penyewa pandai penjaga rumah tu sebagaimana dia menjaga hartanahnya sendiri. 



Segala syarat dan terma asas ada dinyatakan di dalam iklan tersebut, manakala syarat dan terma lanjut boleh dibincangkan lebih lanjut apabila kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan (close deal). 


Next post akan saya buat dalam masa terdekat ya. 


p/s: Sedang struggle prepare ruling & grounds. 


Salam Mesra & Salam Muhibbah
RFMG
14th September 2015 

25 May 2015

Adakah Anda sedang Mencari Rumah Sewa Dengan Kadar Sewa Yang Berpatutan di Bintulu? Kami Ada Untuk Dihubungi.

Ini khas untuk mereka yang bekerja dengan badan Kerajaan. As we all know, salah satu syarat yang kita kena terima dengan redha jika sanggup bekerja dengan badan kerajaan ialah " kita boleh dipindahkan ke mana-mana jabatan, cawangan atau bahagian pada bila-bila masa, jika diperlukan. We are all subject to transfer.


Saya pernah dan telah melalui semua situasi ini beberapa kali. Rezeki itu hak Allah. Nasib baik kerana saya senantiasa mendapat rumah yang sesuai dengan kehendak dan budget saya.  Bagi yang baru nak menghadapi ujian kena bertukar ke tempat baru....saya amat memahami situasi anda. Pasti lebih baik di tempat baru. 


Baiklah. Bagi yang baru bertukar ke tempat baru, khasnya di Bintulu, Sarawak, anda tak perlu risau. Kami ada menyediakan apartment yang FULLY FURNISHED, NEWLY -REPAINTED, dekat dengan bandar Bintulu, dekat dengan SK Asyikirin dan SMK Bintulu iaitu hanya walking distance in less than 10 minutes. Tak sempat berpeluh dan bakar lemak lah katakan. 

Di sini Kami sertakan gambar-gambar yang diambil kat dalam rumah tu yer. Jika ada berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apartment ini, jemputlah call/pm/whatsapp Kami di talian 019 857 1071 (Mr Fahmi atau 019 889 7200 (Puan Rose).

Di bawah ini ialah detail tambahan mengenai rumah ini:
1. Perjanjian sewaan sekurang-kurangnya 12 bulan minimum- akan disediakan & dimatikan setem. 

2. Ground Floor. 


Sekian sahaja entri kali ini. Saya akan iklankan lagi rumah sewa lain jika ada kesempatan. In shaa Allah. 


Wasalam.

Ruang Tamu - full view

Ruang Tamu

Ruang Tengah - meja makan, peti ais dan mesin basuh

Bilik Utama-almari pakaian, attached bathroom, air cond, katil dan tilam
Ruang Tamu-TV, sofa 7 seaters, tea table

3 Mar 2015

Alhamdulillah. Terima Kasih Banyak-Banyak TONE EXCEL!

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua sahabat walau di manapun anda berada, terutama sekali kepada semua WARGA TUNE TALK TONE EXCEL (TTTE). Salam Sejahtera, Salam 1TONE EXCEL, Salam 1Dunia dan Salam Keamanan.

Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana telah dipertemukan dan digerakkan hati untuk memberikan peluang kepada diri sendiri untuk cuba nasib dengan TTTE ini. Walau pun pada asalnya kurang mendapat sokongan dan galakan dari suami namun setelah melihat angka insentif yang tertera di dalam ewallet yang setiap hari makin bertambah walaupun sen sen (kerana insentif dari top up network dan personal top up) maka akhirnya suami juga turut menjadi ahli dan kini menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan bagi beliau kerana dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja benda yang baik dan memberi manfaat.

Apa yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini ialah bab insentif yang saya terima melalui biz sen sen ini. Memang saya akui, setakat ini insentif yang saya terima tidak la gempak gedabak banyaknya.  Berbaloilah dengan modal saya mula-mula join dulu, iaitu RM90 sahaja dan keadaan saya yang hanya melakukan promosi secara online dari SOHO saya di rumah. Sebagaimana yang kita tahu, lazimnya dalam soal menjalankan perniagaan, jumlah modal dan jumlah keuntungan pastilah berkadaran. Maksudnya, kecil modal, kecillah keuntungan. Malah kadang-kadang hanya balik modal.

Walau bagaimanapun, pada masa kini, pelbagai model perniagaan telah wujud di pasaran. Contohnya, biz simkad Tune Talk Tone Excel. Modal kita adalah serendah RM90 kerana untuk menikmati segala ganjaran, faedah dan keuntungan yang disediakan atau ditawarkan oleh TTTE, kita hendaklah menjadi AHLI terlebih dahulu. Saya selalu menggunakan analogi ni apabila ada yang bertanya kenapa kena bayar yuran keahlian : konsepnya adalah seperti keahlian dalam Kelab Golf atau mana-mana persatuan. Hanya ahli yang akan mendapat manfaat dan apa-apa ganjaran yang disediakan oleh satu-satu organisasi. Samalah konsep yang dimaksudkan di dalam biz simkad ni. Yuran keahlian ialah RM90 dan anda akan diberikan satu simkad secara percuma yang mana simkad tersebut telah diisikan dengan kredit PERCUMA sebanyak RM30.

Kredit kepada pemilik foto ini. Cuba lihat perbandingan dua jenis perniagaan di atas. Anda nampak tak apa yang saya nampak?
Saya pernah jelaskan kepada seorang sahabat saya yang agak curious  dengan simkad ini kerana katanya "agak mahal". Dan saya terangkan bahawa "it is not the simcard that we have to pay in fact but it is the membership's fee which is RM90 and you will be entitled to all the benefits offered.".

Dan sahabat saya yang berbangsa Cina ini bertanya lagi. "What? Benefits? Got benefits meh?" Bila dapat soalan macam ni, apalagi. Saya pulun la explain kat sahabat ini macam ni. "My friend. These are the benefits you will be entitled or enjoy once you become a member @ user of the  TTTE simcard:
IF YOU CHOOSE TO BECOME A PASSIVE USER @ MEMBER TO JUST ENJOY THE BENEFTS :
No. 1. No worries about changing your EXISTING Mobile Number. You do not have to use a new mobile number. Just maintain your existing mobile number.
No. 2. You may choose your PREFERED last 4 digit of the new simcard phone number FOR FREE
No. 3. FREE Personal Accident Insurance in the sum of RM100 000 (terms & conditions apply)
No. 4. Discount of 5% - 30% Corporate Rates at all Tune Hotel all over the world.
No. 5. FREE Credit of RM10 when you top up RM30 in lump sum
No. 6. FREE Credit of RM20 when you top up RM50 in lump sum
No. 7. Collecting POINTS (BIG Points) Whether you ask for it or not, EVERY TIME you top up your simcard, you will be given points depending on the amount of your top up (the points have no expiry date. You can redeem these points to get FREE AIR ASIA Flight ticket (if you don't want it, you may donate it to the blog owner), gadgets, cinema ticket, concert tickets etc)
No. 8. Your OWN PERSONAL TOP UP, you are given CASH BACK of 3% - 7% from any amount of you top up (is it not nice??? whatttt???? you don't like it? does any other TELCO give you cash back from your own top up meh???)

Credit to the owner of this pic. Faedah-faedah simkad tone excel.

Credit to the owner of the pic. To my Chinese friends.

Kredit kepada pemilik gambar ini. Antara ganjaran dan faedah simkad tone excel.

Credit to the owner of the pic. To my Chinese friends.

Kredit kepada pemilik gambar ini. Antara ganjaran dan faedah simkad tone excel.

Kredit kepada pemilik gambar ini. Antara ganjaran dan faedah simkad tone excel.

Kredit kepada pemilik gambar ini. Antara ganjaran dan faedah simkad tone excel.

Kredit kepada pemilik gambar ini. Antara ganjaran dan faedah simkad tone excel.
BESIDES BECOMING A USER @ MEMBER, YOU TAKE THE OPPORTUNITY TO EARN INCOME OR BECOMING A TELCO ENTREPRENEUR,  THESE ARE THE ADDITIONAL BENEFITS:  
No. 1. You can open or own up to 10 accounts under your own name.
No. 2  If you introduce to others this simcard and they joined under your name & ID, you will be rewarded by Tone Excel Management by giving you RM20 as a bonus appreciating you for your efforts.
No. 3. Top Up incentives - which means that as long as the members that you have referred to in this program continue using and topping up the simcard, Tone Excel Tune Talk will reward you with up to 26% top up incentives from the amounts of the network top up.

No. 4. Further appreciation is that there will be yearly bonuses - whereby every  1 person you referred to this program, you will be rewarded 5% bonus, for 2-4 persons, you will get 10%, sponsoring bonus, 5-9 persons you will get 15% of sponsoring bonus and 10 above, you will get 20% sponsoring bonus from the accumulated Monthly Commission which will be paid  on the 21st January every year. This amount is stated monthly in your ewallet. Nice or not? :-)
No. 5. Monthly Lucky Draw - for this year 2015, many cars to be won by those lucky persons. All are as shown in the web site www.toneexcel.com
No. 6. Chances to a FREE trip to oversea. For this year, the destinations are Trips To Bandung and Beijing.".

Bukan senan nak promote dan jual 4 simkad sekaligus weii...rezeki la nii..
Dah settle citer semua kat member ni kan...dia amik kira-kira 30 minit jer nak faham semua benda ni. Pastu dia tak banyak cakap. Sambil senyum dia minta saya 4 sim kad. Perghhhh....bila dia sebut dia nak 4 simkad. Apalagi. Excited giler saya bila ader yang nak amik terus 4 simkad. Bukan senang nak jual 4 simkad sekaligus woiii... Haaaa...itu la antara citer saya yang menarik sepanjang beberapa bulan lepas.




Nak promote 4 simkad sekaligus bukan senang wei...Alhamdulillah.

Untuk entri kali ini, saya juga ringan hati untuk berkongsikan jumlah insentif yang saya perolehi sehingga ke hari  tarikh ewallet saya itu dikemaskini, iaitu pada 28 Februari 2015. Tapi janji jangan gelak la yer sebab saya belum mencapai tahap yang terima beribu-ribu income dari biz simkad ni. Saya baru jer join dalam 4 bulan. Dan 90% aktiviti biz simkad ini saya kembangkan hanya melalui ONLINE sahaja. Belum berkesempatan membuat OFF LINE (SIRI JELAJAH) ke sana ke sini sebagaimana member lain kerana saya terikat dengan tugasan dan tanggungjawab sebagai IBU kepada anak-anak yang berusia 13 tahun & 1 tahun 4 bulan dan juga sebagai ISTERI. Walaupun demikian, saya tetap berpuas hati dan bersyukur kerana modal saya telah berbayar. Jom kita lihat apa yang saya dapat dari mula hingga sekarang ya.

Permulaan yang baik.



Ini akaun Utama saya. Saya telah up gradekan akaun utama saya ini menjadi Junior Centre (JC) pada 28 Januari 2015. Dengan menjadi JC, income saya bertambah la sikit kerana setiap level network saya mendapat pertambahan 1% dan yang paling best ialah saya boleh dapat akses ke semua level network berbanding hanya sebagai NM (normal member), saya hanya layak mendapat komisen top up sehingga Level 3 sahaja.



Akaun No. 2 saya menunjukkan insentif bulan Januari 2015 dan Februari 2015.



Akaun no.3 juga menunjukkan insentif untuk bulan Januari dan Februari 2015.






Saya juga menyimpan impian untuk berjaya di dalam biz simkad ini seperti ikon-ikon yang dikenali seperti #sifuMazelanAbas, #cikguIkram, #HamkaMarsaling, #ZamriNanyan dll. Namun benarlah kata orang "Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya". Tiada orang yang berniaga hari ini esok da jadi jutawan. Tiada bayi yang dilahirkan hari ini terus pandai berjalan. Kejayaan memang perlu dibina sebagaimana sebuah rumah yang juga perlu dibina dari pelbagai material. Saya memberikan peluang dan ruang kepada diri sendiri untuk mencapai satu jumlah yang boleh dibanggakan dalam tempoh 1 tahun. Saya masih ada sekurang-kurangnya 8 bulan dari sekarang. 


Akhir kata, saya tetap bersyukur kerana jika TOTAL insentif ketiga-tiga akaun saya dicampurkan kesemuanya, kos nurseri dan utiliti bil saya da lepas. Siapa nak bagi duit percuma walaupun 50 puluh sen? #TELCO mana yang kita guna dengan begitu setia walau bertahun-tahun lamanya sudi memberikan kita cash back dari top up kita sendiri? Tepuk Dada Tanya Poket Anda. Alhamdulillah sangat-sangat kerana saya bertemu jodoh dengan simkad Tune Talk Tone Excel . Jadi, jika ada di kalangan anda yang berkeinginan untuk tahu lebih lanjut mengenai peluang berbuat biz santai-santai dari rumah sahaja tanpa perlu meninggalkan atau berjauhan dengan anak-anak, jemputlah pm/whatsapp/telegram dan/atau call saya di 019 889 7200 atau luangkan sedikit masa beberapa minit untuk lawat web ini www.toneexcel.biz/596793 atau www.usahawantelco.com/rosefahmi untuk maklumat yang lebih lanjut. Anda mungkin akan bertemu peluang berniaga dari rumah yang sangat-sangat santai yang mungkin anda cari selama ini. Cubalah. 

Salam Muhibbah,
Rose Fahmi
JC Bintulu
Living Richer With Tone Excel