18 Sept 2015

Majlis Makan Malam Bersama Hakim Mahkamah Sesyen, Bintulu

Malam semalam bersamaan 17.9.2015 di Hotel Kemena Plaza, Bintulu, Majlis Makan Malam Bersama Hakim Mahkamah Sesyen Bintulu telah berjalan dengan jayanya dan begitu lancar. Alhamdulillah.

Antara jemputan yang hadir ialah Pengurus Besar BDA Puan Rhodziah, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Lim Kwai Seng, Tuan Mattson dari SPRM, Leftenan Hafiz dari APMM Bintulu, Tuan Hazmi dari Jab. Immigresen dan Tuan Francis dari Jab, Kastam.

Antara yang hadir di majlis malam tadi.
Antara Ketua Jabatan dan/atau Wakil Jabatan yang hadir ialah dari KWSP, Jab.Kimia, LHDN, Jab.Peguam Negara, Jabatan Kebajikan dan beberapa yang lain tapi saya kurang ingat. Maafkan saya. 


 Sesungguhnya, acara sebegini adalah dirasakan amat membantu untuk mempereratkan lagi jalinan hubungan yang baik sesama jabatan. Tiadalah harapan lain selain  dari saling bekerjasama dan saling memahami tugas dan bidangkuasa serta tanggungjawab jabatan masing-masing supaya sebarang salahsangka atau salahfaham dapat dihindari. 


Apapun, Kami warga Mahkamah Bintulu ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian semua ketua jabatan dan wakil untuk menghadiri majlis pada malam tadi.Syukran. 





Tiada ungkapan lain yang mampu saya ucapkan selain jutaan terima kasih yang berpanjangan kepada seluruh tenaga kerja Mahkamah Bintulu, terutama sekali kepada Jawatan kuasa Majlis ini. Kerjasama dan persefahaman yang terjalin antara ahli begitu erat. Ini banyak meringankan tugasan saya di jabatan ini. Alhamdulillah. Saya sayangkan mereka!.



Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat Berhujung Minggu.


🎀Salam Kasih Yang Berpanjangan🎀

14 Sept 2015

Siapa nak cari rumah sewa di sekitar Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang?

Salam Mesra dan Salam Isnin semua sahabat pembaca,


Saya akui memanglah online diari saya ni selalu on and off. Panjang ceritanya. Banyak perkara telah berlaku sepanjang diari ini tidur nyenyak. 

Sebelum saya nak iklankan sebuah rumah untuk disewa, saya nak mengambil kesempatan untuk berkongsi berita gembira yang teramat besar impaknya ke atas diri ini dan seisi keluarga yang disayangi. Pada 1.6.2015, akhirnya saya mendapat berita yang termanis di dalam hidup ini setakat ini, iaitu permohonan saya untuk bertukar tempat bekerja ke Bintulu telah diluluskan. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. 

Dan bermulalah episod baru dalam hidup saya dan seisi keluarga. Status whatsapp saya pun bertukar menjadi ... and the long journey begins...

Ok lah. Untuk mereka yang sedang tercari-cari rumah sewa dengan kadar yang berpatutan dan mampumilik, bolehlah cuba jenguk kat link yang saya berikan ini. Segala contact number ada dinyatakan di dalam tu. Owner muslim. Rumah ini terbuka untuk disewa oleh sesiapa sahaja tidak mengira agama, bangsa dan jantina, berkeluarga atau bujang. Yang penting bakal penyewa pandai penjaga rumah tu sebagaimana dia menjaga hartanahnya sendiri. 



Segala syarat dan terma asas ada dinyatakan di dalam iklan tersebut, manakala syarat dan terma lanjut boleh dibincangkan lebih lanjut apabila kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan (close deal). 


Next post akan saya buat dalam masa terdekat ya. 


p/s: Sedang struggle prepare ruling & grounds. 


Salam Mesra & Salam Muhibbah
RFMG
14th September 2015