30 Dec 2015

Ilmu Hartanah Boleh Mengkayakan Poket Anda???


Aku bersetuju dengan kenyataan di atas. Anda mungkin berbeza pendapat. Antara ilmu hartanah ialah ilmu memilih lokasi dan jenis harta seperti rumah, tanah atau kedai atau rumah kedai yang anda berhasrat untuk membeli. Pasti ada di antara anda yang bercadang untuk membeli rumah, tanah atau kedai untuk kegunaan sendiri. Mungkin ada juga di antara anda  yang ingin membeli hartanah berkenaan untuk tujuan pelaburan. 

Pelaburan

5 tahun yang dulu, kuakui, begitu kosong kosongnya otak ini mengenai hartanah. Aku langsung  tak tau apa kaitan pelaburan dengan hartanah. Walaupun aku telah membeli hartanah yang pertama, iaitu rumah teres dua tingkat ketika berusia sekitar 24 tahun (1999) dulu di kampung halaman daerah kelahiranku, #Keningau,Sabah. Masa tu, my mom lah yang paling banyak mempengaruhi pola perbelanjaan duit gaji yang ku terima setiap bulan. Maklumlah. Aku adalah satu-satunya anak beliau yang bekerja dengan gomen. Selepas dari itu, aku mengorak langkah mengikut arus sebagaimana orang lain lakukan. Pada tahun 2001 aku membeli sebuah apartment di #TamanSentosaKlang. Dan tahun berikutnya aku gatal lagi membeli sebuah apartment milik projek #pkns di #ShahAlamSelangor. 

Bermula Kesedaran Tentang Pelaburan

Walaubagaimanapun, hanya pada tahun 2010 aku mula menyedari betapa peluang yang begitu terbentang luas kepada aku untuk menyewakan kesemua hartanah yang aku ada. Bila aku imbas kembali kenapa aku tak pernah terlintas untuk menyewakan semua rumah tersebut? Baru aku sedar. Kerana rumah  yang kat kampung, famili aku sendiri yang duduk. Apartment yang kat Klang, adik-beradik aku yang duduk manakala yang kat Shah Alam pulak, aku sendiri yang duduk. Chissss...

Mata dan minda aku betul-betul  terbuka dan tersedar apabila aku da tak larat nak jaga uma aku yang ada kat sana-sini. Mana nak bayar cukai taksiran, cukai pintu, Indah Water Konsortium, bil air, bil api, dll. So, pada tahun 2012,aku dan sang suamipun bersetuju untuk memulakan aktiviti mengiklankan dan menyewakan hartanah-hartanah tersebut. Kami sama-sama meneliti semula segala struktur kewangan serta perbelanjaan yang  kami.


Hartanah Terbaru

Aku baru-baru ini telah berjaya membida 2 hartanah di dalam satu lelongan awam di #KotaKinabaluSabah pada September 2015 yang lepas. Aku first time mempraktikkan ilmu yang aku dapat dari Sifu kesayangan aku #AziziAli dan juga #ShafieBustan. Pssssttt..aku jujur ni- siap aku bawa lagi kedua-dua buku tulisan sifu-sifu hebat aku. Aku jadikan rujukan aku ketika di dalam bilik lelongan tu. Aku jer  yang tau rahsia ni. Pembida lain tak nampak apa aku refer. Terima kasih yang tidak terhingga wahai insan-insan yang terpilih ini. 

Aku akan cerita panjang kisah aku menang dua hartanah ini di lain post. Tapi aku nak bagitahu yang aku menang satu rumah lelong town house yang MV ialah RM350K tapi dilelong pada RM260K sahaja. Manakala yang satu lagi ialah shop lot yang MV ialah RM261K tapi dilelong pada RM144K. Alhamdulillah rezeki aku pada hari itu. Shop lot tu aku akan jadikan legal firm aku jika aku bersara nanti. In shaa Allah kalau diizinkan. 


Sublet

Jujurnya aku sangat tak suka perkataan "Sublet" ni dulu. Apa sebab, aku pun tak tau. Maybe sebab bunyi tu tak best dan yang paling pasti, aku tak tau maksudnya. Tapi apabila aku terbaca blog taiko-taiko hartanah termasuk blog dan fb #Fairuz n Iffa, #Sublet KL East, #abangensem, #pie2020 dll, masa tu barulah aku sedar dan nampak betapa zero nya knowledge aku ni. Ketuk kepala sendiri. Aku jujur mengaku bahawa betapa lagi mudah dan lebih murah kos untuk membuat pelaburan di dalam hartanah jika menggunakan teknik Sublet. MENYESAL AKU TAK  PERNAH TAU MENGENAI SUBLET NI DARI DULU. Aku siap beli ebook #Kaizen Hartanah lagi daripada Sublet KL East. Walau bagaimanapun, masih banyak ilmu lagi mengenai Sublet yang aku perlukan. 

Sebagai percubaan mempraktikkan ilmu sublet yang aku baca daripada Kaizen Hartanah, aku telah berjaya menjalankan sublet aku yang pertama di Bintulu pada awal tahun ni. Adalah pulangan bersih sebanyak RM300 setiap bulan. Memanglah tak banyak mana. Tapi kos minyak ulang-alik ke tempat kerja dah lepas kan... Ini baru satu sublet yang aku dan suami larat nak handle. Kalau ada masa yang lebih terluang...tak mustahil dapat lebih banyak sublet kann...

Walau bagaimanapun, aku dan suami sedang menyiapkan diri kami dengan membaca lebih banyak ilmu mengenai sublet. Manalah tahu kalau semua perancangan berjalan lancar dan sasaran kewangan kami dah tercapai...in shaa Allah langkah yang seterusnya akan bermula...

Anda dan kami mungkin sehaluan.Mempunyai matlamat yang sama. Menimba ilmu. Demi masa depan. Demi keluarga tercinta. Kami juga masih menimba ilmu mengenai sublet. Di sini  Rahsia Sublet Premium, Bonus dan Extra Bonus dan di sini Rahsia Sublet Premium dan Bonus



Belajar dan menuntut ilmu adalah proses yang hanya akan berakhir apabila nafas kita terhenti. 


Salam Muhibbah & Salam Penghujung Tahun 2015 

Rose Fahmy
Bintulu.






25 Dec 2015

Manisnya Tahun 2015 Untuk Diriku dan Keluarga

Selamat Tinggal Rumah Lamaku

Sedang aku duduk bersandar di kerusi rumah (kuarters) yang ku kira besar dan luas untuk kami berempat ini, fikiranku melayang mengimbas segala kenangan sepanjang tahun ini. Jika daku tuliskan satu persatu peristiwa dan kenangan itu, ku kira sebelum anda sempat ke noktah terakhir ceritaku, anda sudah lama melayang dibuai mimpi tahun 2016. 

Daku sebelum ini tinggal hanya sepenapak kaki sahaja daripada kuarters ini sebenarnya. 5 minit menapak ke rumah lama da pun sampai. Kenangan terindah dan termanis terlalu banyak daku lakarkan bersama keluarga di rumah lama. 

Anakku yang kukira bongsu membesar di rumah lama sehingga mencapai umur 1 tahun 8 bulan. Anak sulungku pulak mendapat 5A dalam UPSR beliau ketika duduk kat uma lama. Kami pulak sempat menambah hutang dengan membeli Hilux Toyota auto 3.0 ketika duduk umah lama (maklumlah, nak jadikan tunggangan ketika nak balik kampung di Keningau, Sabah. Nak naik belon tak mampu kalau kerap sangat). Dan cerita duka pulak ialah di rumah lama ini jugalah daku mengalami kemalangan ngeri melibatkan kereta BGP585 - total loss pada tahun 2014. Daku kehilangan kereta buruk kesayangan hati. Kereta itu banyak menyimpan suka-duka aku dengan kisah hidup lama. 

Tetapi kenangan yang paling manis di rumah lama ialah ketika aku mendapat surat perkhabaran yang meluluskan permohonan daku untuk berpindah tempat bertugas ke Bintulu. Alhamdulillah100x. Akhirnya berakhir penderitaan daku yang berulang-alik sorang-sorang ke Sibu setiap Isnin pagi. Selama hampir setahun aku berulang-alik menaiki bas ke Sibu - Bintulu. Hanya di hujung minggu atau cuti am daku dapat berjumpa dengan keluarga tersayang, terutama sekali kepada anak bongsuku yang masih menyusu badan sehingga kini. Allah mempunyai perancangan yang terindah dan terbaik buat kami sekeluarga. 


Selamat Datang Tahun 2016

Syukur yang tidak terhingga kehadirat Ilahi kerana sehingga ke saat ini Kami sekeluarga masih bernafas menghirup udara segar di muka bumi ini. Di kesempatan ini Kami sekeluarga menghabiskan masa bersama (quality time) bersama-sama di rumah. Makan, gelak ketawa, menonton video kekeluargaan yang tidak sempat ditonton, mengemas rumah bersama-sama dan sebagainya. Niat hanyalah untuk compensate masa bersama keluarga yang telah terlepas kerana tuntutan tugas dan amanah. 

Anda dan daku sudah pasti masing-masing telah menyimpan tekad baru untuk dicapai di tahun hadapan. Boleh jadi anda juga seperti saya yang carry forward tekad dan cita-cita yang telah gagal dilaksanakan pada tahun 2015. Apakah tekad itu? ahaaaaa....aku nak mengaku jer:  tekadku  ialah untuk mendapatkan semula berat badan dahulu iaitu 55 kg sahaja.  Dengan kependekan dan ke- renek- an daku ini, berat badan yang melebihi dari 55kg amatlah tidak cute

Walau apapun,  daku yakin, tahun 2016 adalah tahun yang bakal membawa seribu satu kemanisan dan pencapaian dalam hidupku sekeluraga. Orang kata You Will Never Go Wrong If You Choose Family. Daku yang telah mencapai usia 40-an ini merasa motivasi untuk bekerja bukan lagi untuk mencari duit semata-mata..tetapi untuk mengejar dan merealisasikan matlamat hidup ini. Daku telah menetapkan satu matlamat dan sasaran. 

Dengan matlamat tersebut, in shaa Allah. Sekurang-kurangnya ada panduan pelaksanaan untuk bergerak ke arah itu. Jack Ma kata "the only thing that makes me regret is that I spent too much on working and less spending time with my family".  Manakala #JH Lee kata "You are trading your most productive time with your employer".  #Dr Azizan Osman pulak kata "Anda layak untuk mempunyai kehidupan yang luar biasa. So sampai bilakah anda ingin hidup biasa-biasa saja"? 


Sepanjang tahun 2012 - 2015, daku telah membaca pelbagai buku motivasi, pelaburan dan perniagaan. Antara buku-buku yang daku miliki ialah tulisan #AziziAli, #ShafieBustan, #Robert Kiyosaki, #Warran Buffet, #Renesial Leong, #JH Lee, #Adam Khoo, #Azizul Azli Ahmad, #Zamri Mohamad, #Ahyat Ishak, #George Leong, DSR Publishing, #Ainon Mohd,#Wahi Abd Rashid, #Umar Taib, #Jasaiyani Sa'ad, #KC Lau, #Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin, #Milan Doshi etc etc. Masih  banyak lagi yang tak tertulis.

Alhamdulillah3x. Terlalu banyak manfaat yang daku perolehi hasil pembacaan yang kukira banyak. Benarlah kata orang. Membaca jambatan ilmu. Walaupun daku lulusan perundangan, namun buku-buku perundangan yang diajar di U tak mengajar kita tentang motivasi, pengurusan kewangan, pelaburan dan pendapatan pasif dan sebagainya. 

Semakin banyak membaca dan try and error yang ku praktikkan dari pembacaan itu, daku kini semakin mengenali diri sendiri. Potensi diri yang sebenar. Di mana minat dan kemahiran sebenar. Orang yang berjaya kata "Do What You Like In Your Life"! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Carilah maka anda akan berjumpa jalannya. 

Sekian dahulu untuk kali ini. Kita bertemu lagi di kesempatan lain. Salam Maulidur Rasul. Selamat Salam tahun baru. Azam baru. Impian baru. Semangat baru. Buku baru. Prestasi baru. 

#Rosliah Fahmi MG 
Bintulu, Sarawak.