25 Dec 2015

Manisnya Tahun 2015 Untuk Diriku dan Keluarga

Selamat Tinggal Rumah Lamaku

Sedang aku duduk bersandar di kerusi rumah (kuarters) yang ku kira besar dan luas untuk kami berempat ini, fikiranku melayang mengimbas segala kenangan sepanjang tahun ini. Jika daku tuliskan satu persatu peristiwa dan kenangan itu, ku kira sebelum anda sempat ke noktah terakhir ceritaku, anda sudah lama melayang dibuai mimpi tahun 2016. 

Daku sebelum ini tinggal hanya sepenapak kaki sahaja daripada kuarters ini sebenarnya. 5 minit menapak ke rumah lama da pun sampai. Kenangan terindah dan termanis terlalu banyak daku lakarkan bersama keluarga di rumah lama. 

Anakku yang kukira bongsu membesar di rumah lama sehingga mencapai umur 1 tahun 8 bulan. Anak sulungku pulak mendapat 5A dalam UPSR beliau ketika duduk kat uma lama. Kami pulak sempat menambah hutang dengan membeli Hilux Toyota auto 3.0 ketika duduk umah lama (maklumlah, nak jadikan tunggangan ketika nak balik kampung di Keningau, Sabah. Nak naik belon tak mampu kalau kerap sangat). Dan cerita duka pulak ialah di rumah lama ini jugalah daku mengalami kemalangan ngeri melibatkan kereta BGP585 - total loss pada tahun 2014. Daku kehilangan kereta buruk kesayangan hati. Kereta itu banyak menyimpan suka-duka aku dengan kisah hidup lama. 

Tetapi kenangan yang paling manis di rumah lama ialah ketika aku mendapat surat perkhabaran yang meluluskan permohonan daku untuk berpindah tempat bertugas ke Bintulu. Alhamdulillah100x. Akhirnya berakhir penderitaan daku yang berulang-alik sorang-sorang ke Sibu setiap Isnin pagi. Selama hampir setahun aku berulang-alik menaiki bas ke Sibu - Bintulu. Hanya di hujung minggu atau cuti am daku dapat berjumpa dengan keluarga tersayang, terutama sekali kepada anak bongsuku yang masih menyusu badan sehingga kini. Allah mempunyai perancangan yang terindah dan terbaik buat kami sekeluarga. 


Selamat Datang Tahun 2016

Syukur yang tidak terhingga kehadirat Ilahi kerana sehingga ke saat ini Kami sekeluarga masih bernafas menghirup udara segar di muka bumi ini. Di kesempatan ini Kami sekeluarga menghabiskan masa bersama (quality time) bersama-sama di rumah. Makan, gelak ketawa, menonton video kekeluargaan yang tidak sempat ditonton, mengemas rumah bersama-sama dan sebagainya. Niat hanyalah untuk compensate masa bersama keluarga yang telah terlepas kerana tuntutan tugas dan amanah. 

Anda dan daku sudah pasti masing-masing telah menyimpan tekad baru untuk dicapai di tahun hadapan. Boleh jadi anda juga seperti saya yang carry forward tekad dan cita-cita yang telah gagal dilaksanakan pada tahun 2015. Apakah tekad itu? ahaaaaa....aku nak mengaku jer:  tekadku  ialah untuk mendapatkan semula berat badan dahulu iaitu 55 kg sahaja.  Dengan kependekan dan ke- renek- an daku ini, berat badan yang melebihi dari 55kg amatlah tidak cute

Walau apapun,  daku yakin, tahun 2016 adalah tahun yang bakal membawa seribu satu kemanisan dan pencapaian dalam hidupku sekeluraga. Orang kata You Will Never Go Wrong If You Choose Family. Daku yang telah mencapai usia 40-an ini merasa motivasi untuk bekerja bukan lagi untuk mencari duit semata-mata..tetapi untuk mengejar dan merealisasikan matlamat hidup ini. Daku telah menetapkan satu matlamat dan sasaran. 

Dengan matlamat tersebut, in shaa Allah. Sekurang-kurangnya ada panduan pelaksanaan untuk bergerak ke arah itu. Jack Ma kata "the only thing that makes me regret is that I spent too much on working and less spending time with my family".  Manakala #JH Lee kata "You are trading your most productive time with your employer".  #Dr Azizan Osman pulak kata "Anda layak untuk mempunyai kehidupan yang luar biasa. So sampai bilakah anda ingin hidup biasa-biasa saja"? 


Sepanjang tahun 2012 - 2015, daku telah membaca pelbagai buku motivasi, pelaburan dan perniagaan. Antara buku-buku yang daku miliki ialah tulisan #AziziAli, #ShafieBustan, #Robert Kiyosaki, #Warran Buffet, #Renesial Leong, #JH Lee, #Adam Khoo, #Azizul Azli Ahmad, #Zamri Mohamad, #Ahyat Ishak, #George Leong, DSR Publishing, #Ainon Mohd,#Wahi Abd Rashid, #Umar Taib, #Jasaiyani Sa'ad, #KC Lau, #Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin, #Milan Doshi etc etc. Masih  banyak lagi yang tak tertulis.

Alhamdulillah3x. Terlalu banyak manfaat yang daku perolehi hasil pembacaan yang kukira banyak. Benarlah kata orang. Membaca jambatan ilmu. Walaupun daku lulusan perundangan, namun buku-buku perundangan yang diajar di U tak mengajar kita tentang motivasi, pengurusan kewangan, pelaburan dan pendapatan pasif dan sebagainya. 

Semakin banyak membaca dan try and error yang ku praktikkan dari pembacaan itu, daku kini semakin mengenali diri sendiri. Potensi diri yang sebenar. Di mana minat dan kemahiran sebenar. Orang yang berjaya kata "Do What You Like In Your Life"! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Carilah maka anda akan berjumpa jalannya. 

Sekian dahulu untuk kali ini. Kita bertemu lagi di kesempatan lain. Salam Maulidur Rasul. Selamat Salam tahun baru. Azam baru. Impian baru. Semangat baru. Buku baru. Prestasi baru. 

#Rosliah Fahmi MG 
Bintulu, Sarawak.

No comments:

Post a Comment